TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, June 1, 2010

Dari Pasir Panjang ke Kelantan ke negeri Tok Guru - Melihat sendiri.

Kuliah Pagi Jumaat 28 Mei 2010 di Dataran Ilmu, dihadapan bangunan PAS Jalan Tuk Pati, Kota baharu menjadikan negeri ini, negeri yang mendapat ilmu wahyu. Seorang Menteri Besar yang bergelar Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menyampaikan kuliahnya setiap pagi Jumaat di tengah-tengah Bandar Kota Baharu
Para pendengar dari seluruh negara datang untuk mendengar kuliah tuk guru.
Khusyuk mendengar kuliah tok guru walaupun berada di atas jalan raya di tengah bandar Kota Baharu.
Terdapat Sebuah Masjid di tengah bandar Kota Baharu untuk kegunaan dan kemudahan para peniaga pasar dan pengunjung menunaikan solat apabila masuk waktu.
Ini pula adalah masjid Tok Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka berhampiran dengan rumahnya.
Mengambil kesempatan menggunakan kemudahan beca bersama anak kesayangan.
Muslimat Kawasan Lumut bergambar di Laman Rumah Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Orang Pasir Panjang di Laman Rumah Tok Guru.
Membuat lawatan ke Pondok Pasir Tumboh. Keluasan kawasan tanah Pondok Pasir tumboh adalah 40 ekar
Keadaan Pondok lama, tempat tinggal pelajar masih boleh digunakan.
Bergambar di lorong masuk Pondok Pasir Tumboh
Ahli Rombongan Pasir Panjang bergambar bersama Mudir Pondok Tumboh, Syeikh Radzi.
 Mendengar taklimat penerangan mengenai kerajaan Kelantan oleh Yang Berhormat Ustaz Wan Yusuf  Wan Mustafa , ADUN Gual Ipoh merangkap Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Ahli Rombongan diberi peluang berada di bilik Mesyuarat JKR 10, kediaman rasmi Menteri besar Kelantan.
Menyampaikan Plak Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang dan PAS Kawasan Lumut,Tanda Ingatan sempena lawatan Rombongan Pasir Panjang ke Kelantan.
Anggota Rombongan bergambar bersama YB Wan Yusuf di JKR 10.
Sempat bergambar dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di JKR 10 selepas menunaikan solat zohor berjamaah berimamkan Tok Guru di JKR 10.
Pintu Gerbang Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang Kelantan. Mercu tanda masjid cina yang dibina oleh kerajaan Kelantan.
Seni bina Cina  Masjid Jubli Perak sangat menarik bagi pengunjung yang melihatnya.
Bergambar di hadapan Masjid Cina; Masjid Jubli Perak Rantau Panjang.
Mimbar untuk Khatib berkhutbah di Masjid Jubli Perak juga bercirikan senibina masyarakat Cina.

Pada malam 27 Mei 2010 ahli-ahli Pas dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Pasir Panjang dan PAS Kawasan Lumut telah mengadakan lawatan ke negeri Kelantan. Mereka terdiri dari muslimin dan muslimat untuk melihat sendiri suasana negeri yang diperintah oleh seorang Tok Guru. Apa yang diperhatikan budaya ilmu dan cintakan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat dapat memecahkan tembok persepsi yang mengatakan Tok Guru tidak boleh memerintah. Kejayaan membina pembangunan negeri dari segi prasarana dan kemudahan awam tetap berjaya dijalankan walaupun sumber kewangannya terhad. kalau dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional ianya jauh lebih baik. Kunjungan dan lawatan bertali arus malah jalan-jalan utama negeri ini dipenuhi dengan kenderaan saban masa. Hotel-hotel dan tempat penginapan juga tidak mencukupi kerana bilangan pengunjung terlalu ramai. Makan Minum memang murah, malah Kelantan menjadi negeri utama untuk membeli belah.... Pilihan banyak dan murah.Nama-nama seperti Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubur, Bukit Bunga dan Rantau Panjang sangat dikenali. Terima kasih Tok Guru kerana menerima kunjungan kami dan dapat kami bergambar sebagai kenangan dan solat zohor berjamaah dengan Tok Guru. Pondok Pasir Tumboh yang sangat dikenali juga sempat kami kunjungi dan melihat suasana kehidupan di sini. Aset pondok yang bernilai berjuta-juta ringgit sangat dikagumi hasil zakat dan infak dari Umat Islam. Kelantan simbol kerajaan Islam wajib dipertahankan untuk kesejahteraan umat.

No comments:

Post a Comment