TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, June 27, 2010

Aduhai basikal tua.....


Wajah keceriaan Dato Seri Nizar yang sedang mengayuh basikal tua mengingatkan kita nostaligia lama bagaimana kenderaan ini digunakan saban waktu oleh rakyat Malaysia kemana-mana sahaja distinasi dan haluan yang dituju suatu ketika dahulu. Rakyat biasa atau orang yang berada sudah pasti biasa dengan basikal ini. Basikal ini jugalah yang digunakan oleh kebanyakan pemimpin hari ini untuk kesekolah. Selain ke sekolah, pekebun getah menggunakan basikal ini untuk ke kebun mereka. Begitu jugalah mereka yang bekerja di lombong-lombong, menggunakan basikal ini sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja. Bagi pekerja Posmen memanglah menjadi rutin kerjanya menghantar surat menggunakan basikal ini. Cikgu-cikgu sekolah atau guru besar menggunakannya. Begitulah jasa basikal tua ini  yang mengusik jiwa apabila generasi lama melihat kembali wajah basikal ini. Bagi Dato' Seri Nizar keceriaannya menggambarkan ia juga pernah melalui kehidupan berbasikal suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment