Nazri Abdullah |
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka. "Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya. Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan. Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu. "Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi. Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno. Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit. "Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya. Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno. Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka. Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam. "Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah. "Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi. Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung. Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas. Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir. |
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Monday, June 14, 2010
PAS tidak mahu tanggung 'biawak hidup'- Presiden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment