TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, June 2, 2010

Hari ini Dato'Seri Nizar melawat kawasan Pasir Panjang

Tengahari tadi, Dato' Seri Nizar menghadiri pengkebumian Bekas Juragan TLDM Hashim Yunus di tanah perkuburan Islam Batu 7, Lekir dalam kawasan Pasir Panjang.
Beliau berkesempatan bersama-sama mendengar talqin yang dibacakan oleh Imam Haji Yaakub.
Selepas mendengar talqin, beliau turut bertahlil di kubur Allahyarham.
Kehadiran Dato'Seri Nizar disambut baik oleh penduduk kampong  Taman Seri Lekir, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara-pesara Tentera Laut.
 Guru-guru ini adalah kenalan beliau dari Alumni Sekolah Teknik, Jalan Brash, Ipoh.
 Lihatlah Yang Berhormat Pasir Panjang ini membonceng Motosikal kepunyaan Saudara Raja dari Kampong Pundut, Lumut untuk menziarahi penduduk yang sakit dan uzur.
Warga emas berumur 81 tahun yang diziarahi oleh Dato' Seri Nizar.
Seorang penduduk yang cedera kerana kemalangan langgar belakang mengakibatkan bahunya patah.
Sedikit sumbangan dari Yang Berhormat tanda simpati kepada mereka.
Dato' Seri Nizar sedang melihat kerja-kerja pembaikan longkang di kampong Pundut.
Keperihatinan wakil rakyat kawasan Pasir Panjang kepada rakyat  menggantikan longkang yang pecah menggunakan wang peruntukan sendiri.
Begambar bersama anak-anak Imam Yusuf di Pekan Lumut selepas makan tengahari.


No comments:

Post a Comment