PAS berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu. PAS berpendapat perkara ini terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang dilanda dengan budaya ini memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak memperdulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei. Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi. PAS berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar. Sejarah membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan Islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik. Akhirnya orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah. Keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul. Maka sekarang terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi. PAS melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi. Politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta tidak ada kesedaran politik. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama. Semua ini kesilapan Umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa. Sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi. PAS menyeru supaya ahli PAS yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi. Semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan. Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mandaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib. Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis. Ustaz Idris Haji Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Tuesday, June 29, 2010
MELAYU TIDAK DAFTAR PEMILIH AKIBAT CARA UMNO BERPOLITIK
Monday, June 28, 2010
Kenapa Dr Fadlan masuk UMNO?
Segala puji dan puja hanya bagi Allah, solat dan salam ke atas Rasulullah, seterusnya:
Soalan ini, 'Kenapa masuk UMNO?' bukan sahaja ditujukan kepada saya, bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Cuma, ada yang memahami dan ada yang sukar menerima. Apapun, ingin saya nyatakan di sini kepada ikhwah sekelian bahawa kemasukan kami ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.
Tujuan utama kami memasuki UMNO adalah untuk berdakwah dari dalam, untuk kebaikan ahli-ahli UMNO yang kami rasakan amat subur untuk proses peningkatan ilmiah, keagamaan dan kerohanian. Bukanlah tujuan kami untuk menimbulkan keresahan mahupun permusuhan di kalangan para pendakwah baik dalam UMNO mahupun dalam mana-mana parti, juga NGO-NGO. Kami hanya ingin mengambil peluang dan menerima janji pihak atasan UMNO yang ada menawarkan ruang luas untuk kami berdakwah. Dengan izin Allah jua, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menepati prinsip Ahli al-Sunnah wal-Jama‘ah dalam menyebar kebenaran dan berdakwah.
Seawal perbincangan, kami telah dapat merasakan akan timbul di hari penyerahan borang dan selepasnya nanti pandangan yang selesa, sinis dan juga berkecuali. Tetapi itu adalah asam garam perjuangan dakwah. Kami memohon agar Allah Ta‘ala sentiasa memberi petunjuk dan menetapkan pendirian kami dan semua pendakwah dalam melaksanakan usaha pembaikan.
Akhir kata, kami pohon agar semua sahabat yang prihatin terhadap perjuangan kami ini, sentiasa mendoakan agar kami tetap di atas landasan kebenaran bersesuaian dengan ruh Islam yang suci.
Soalan ini, 'Kenapa masuk UMNO?' bukan sahaja ditujukan kepada saya, bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Cuma, ada yang memahami dan ada yang sukar menerima. Apapun, ingin saya nyatakan di sini kepada ikhwah sekelian bahawa kemasukan kami ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.
Tujuan utama kami memasuki UMNO adalah untuk berdakwah dari dalam, untuk kebaikan ahli-ahli UMNO yang kami rasakan amat subur untuk proses peningkatan ilmiah, keagamaan dan kerohanian. Bukanlah tujuan kami untuk menimbulkan keresahan mahupun permusuhan di kalangan para pendakwah baik dalam UMNO mahupun dalam mana-mana parti, juga NGO-NGO. Kami hanya ingin mengambil peluang dan menerima janji pihak atasan UMNO yang ada menawarkan ruang luas untuk kami berdakwah. Dengan izin Allah jua, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menepati prinsip Ahli al-Sunnah wal-Jama‘ah dalam menyebar kebenaran dan berdakwah.
Seawal perbincangan, kami telah dapat merasakan akan timbul di hari penyerahan borang dan selepasnya nanti pandangan yang selesa, sinis dan juga berkecuali. Tetapi itu adalah asam garam perjuangan dakwah. Kami memohon agar Allah Ta‘ala sentiasa memberi petunjuk dan menetapkan pendirian kami dan semua pendakwah dalam melaksanakan usaha pembaikan.
Akhir kata, kami pohon agar semua sahabat yang prihatin terhadap perjuangan kami ini, sentiasa mendoakan agar kami tetap di atas landasan kebenaran bersesuaian dengan ruh Islam yang suci.
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN LUMUT ANJUR KURSUS SEDIA KAIN KAFAN SIMATI
Para peserta kursus penyediaan kain kafan mengikut kumpulan.
Kain digunting mengikut menjadikan baju
Baju yang dah siap digunting
Cawat juga ada disertakan bersama kain kafan
Bidang kain yang tidak mencukupi dijahit dengan jahitan tangan.
Setelah siap digunting....dibentangkan mengikut susunan
Orang hidup berlakon menjadi mati...mengelupor le pulak
Sebelum praktikal ada taklimat oleh Ustazah Norhayati kepada para peserta.
Pada 27 Jun 2010 (Ahad) di Surau MADAH, Fasa 1A Seri Manjung, Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut, telah mengadakan satu kurusus penyediaan kain kafan khusus untuk kaum wanita. Para peserta terdiri dari ahli-ahli Muslimat cawangan-cawangan yang terdapat dalam kawasan Lumut. Mereka telah didedahkan secara praktikal menyediakan kain kafan simati disamping ilmu-ilmu yang berkaitan pengurusan jenazah wanita. Beberapa para peserta yang telah berpengalaman dan pernah terlibat dengan kerja-kerja pengurusan jenazah dilantik menjadi fasilitator kepada para peserta yang lain.
Sunday, June 27, 2010
Aduhai basikal tua.....
Wajah keceriaan Dato Seri Nizar yang sedang mengayuh basikal tua mengingatkan kita nostaligia lama bagaimana kenderaan ini digunakan saban waktu oleh rakyat Malaysia kemana-mana sahaja distinasi dan haluan yang dituju suatu ketika dahulu. Rakyat biasa atau orang yang berada sudah pasti biasa dengan basikal ini. Basikal ini jugalah yang digunakan oleh kebanyakan pemimpin hari ini untuk kesekolah. Selain ke sekolah, pekebun getah menggunakan basikal ini untuk ke kebun mereka. Begitu jugalah mereka yang bekerja di lombong-lombong, menggunakan basikal ini sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja. Bagi pekerja Posmen memanglah menjadi rutin kerjanya menghantar surat menggunakan basikal ini. Cikgu-cikgu sekolah atau guru besar menggunakannya. Begitulah jasa basikal tua ini yang mengusik jiwa apabila generasi lama melihat kembali wajah basikal ini. Bagi Dato' Seri Nizar keceriaannya menggambarkan ia juga pernah melalui kehidupan berbasikal suatu ketika dahulu.
Saturday, June 26, 2010
Perak Negeri Ketiga Paling Miskin Di Malaysia
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan bahawa Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Nga, yang juga merupakan Timbalan Bendahari Agong DAP menegaskan bahawa masa berubah sudah tiba bagi rakyat seluruh Perak.
Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.
Nga berkata, fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Beliau berkata, kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu.
Nga menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.
Nga berkata sedemikian pada satu majlis meraihkan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil kerusi parlimen Sibu di Taiping hari ini. DAP Taiping menghantar sebanyak 18 orang pasukan khidmat sukarela sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut yang menyaksikan calon DAP, Richard Wong Ho Leng menang dengan undi majority 398 undi.Turut hadir majlis tersebut termasuk Ahli Dewan Negeri Kawasan Pokok Assam, Yee Seu Kai, Ahli Dewan Negeri kawasan Aulong, Yew Tian Hoe dan pimpinan parti kawasan parlimen Taiping yang lain.
YB Nga Kor Ming bergambar mesra dengan pasukan khidmat sukarela DAP Taiping dimajlis meraihkan kemenangan pilihanraya kecil Sibu hari ini.
Friday, June 25, 2010
Siapa Ustaz Zamihan Mat Zain ILIM ni???
Siapa Ustaz Zamihan Mat Zain ini, yang tiba-tiba meletup dan menimbulkan kontraversi sejak kebelakangan ini.... ???? Dia pengajar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) atau pun Special Branch PDRM yang menjalankan arahan ketuanya untuk mengesan mereka yang dicop pengganas. Ilmu Islam yang ada padanya dijadikan sebagai topeng agar ianya dianggap hebat dan boleh berhadapan dengan golongan cerdik pandai atau Ilmuan Islam.... Lihat surat penafian di bawah dibuat apabila dia menuduh pelajar Universiti Malaya terlibat dengan kegiatan militan. Mungkin ada di kalangan kita mengenali beliau....dan tahu latar belakangnya. Pada saya beliau telah merosakkan imej ilmuan Islam dan mengadakan propaganda yang mengeruhkan keadaan. Kerja-kerja melabel seseorang sebagai pengganas dan terrorist bukan kerja seorang ustaz seperti beliau.....Ini kerja musuh-musuh Islam.
Thursday, June 24, 2010
Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf
Pemuda Perak mahu Mesir jelaskan penahanan Ust Ibrahim
LUMUT, 24 Jun: Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan Mesir mempercepatkan proses siasatan dan berharap hak Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, diberikan untuk mengetahui kedudukan sebenar beliau ditahan.
Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana sehingga kini masih tidak mendapat maklumat rasmi daripada Kerajaan Mesir punca sebenar penahanannya.
Sebagai tanda simpati, Pemuda PAS Perak semalam telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Muhamad Zulkifli yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Sumbangan telah diserahkan oleh Salman kepada isteri Zulkifli, Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di rumahnya di Taman Samudra, Manjung. Turut serta hadir adalah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.
Kepimpinan PAS Kawasan Lumut, Pemuda PAS kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Pasir Panjang turut serta bersama. Sumbangan berupa kewangan dan barangan keperluan harian telah diserahkan bagi meringankan masalah yang dihadapi.
Manakala pada hari yang sama juga di Kuala Lumpur, usaha pembebasan diteruskan oleh Pemuda PAS Perak yang telah diketuai oleh Mohd Munir Ali, timbalan ketuanya telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir.
Hadir sama ialah Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS negeri dan juga Mohd Nazri Din, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak.
-harakahdaily-
Wednesday, June 23, 2010
Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?
oleh Malaysia kini | ||
Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri), mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata: "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.
"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.
Menurut mereka, Abdul Hadi (bawah, kanan) dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.
"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) (bawah, kiri) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.
Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.
'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri (bawah, kanan) dan Dr Juanda.
Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.
Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.
Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.
"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.
"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.
"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka
RM55 juta untuk 11 Pilihan Raya Kecil, PAS mahu Polis Di Raja Malaysia berjimat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: PAS mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan dalam 11 pilihan raya kecil (PRK) sejak 2008 yang dianggarkan telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM55 juta bagi 11 pilihan raya itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, pada tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM31 juta untuk lima PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau. “Itu baru lima pilihan raya kecil. Bagi baki enam pilihan raya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat,” ujarnya. Ini, katanya jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu sebanyak RM6,451,285 sahaja. Tambahnya, jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan PRK yangb menunjukan PDRM berbelanja 11 kali ganda lebih banyak daripada SPR yang menganjurkan pilihan raya. Justeru, ujarnya PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan oleh PDRM itu kerana ia melibatkan wang rakyat. Katanya, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara itu. Bagi PAS, jelasnya jumlah lebih RM55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjaga PRK. “PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakkan,” ujarnya. |
Tuesday, June 22, 2010
Kerajaan Malaysia atau Wisma Putra kenalah bertindak segera selesaikan kes mengenai penahanan Rakyat Malaysia di Mesir
"Wisma Putra menerima laporan pada 13 Jun daripada Kedutaan Malaysia di Kaherah mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir pada hari yang sama (13 Jun)," katanya dalam satu kenyataan di sini Iisnin malam.
Beliau berkata Muhamad Zulkifli ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanahair.
Katanya Muhamad Zulkifli masih dalam tahanan pihak berkuasa Mesir untuk siasatan lanjut dan Kedutaan Malaysia di Kaherah sudah membuat beberapa representasi konsular ke atas pihak berkuasa berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan itu.
"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sedang berusaha untuk menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menyegerakan proses siasatan. Sekiranya tiada bukti yang kukuh untuk beliau didakwa, Wisma Putra akan menggesa kerajaan Mesir agar membebaskan Muhamad Zulkifli," katanya.
Menurutnya Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu dan masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Mesir. - BERNAMA
Komen : Kerajaan Malaysia kena bertindak segera selesaikan kes penahanan Rakayat Malaysia di Mesir. Kenapa ianya terjadi dan lewat diselesaikan.???
Beliau berkata Muhamad Zulkifli ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanahair.
Katanya Muhamad Zulkifli masih dalam tahanan pihak berkuasa Mesir untuk siasatan lanjut dan Kedutaan Malaysia di Kaherah sudah membuat beberapa representasi konsular ke atas pihak berkuasa berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan itu.
"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sedang berusaha untuk menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menyegerakan proses siasatan. Sekiranya tiada bukti yang kukuh untuk beliau didakwa, Wisma Putra akan menggesa kerajaan Mesir agar membebaskan Muhamad Zulkifli," katanya.
Menurutnya Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu dan masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Mesir. - BERNAMA
Komen : Kerajaan Malaysia kena bertindak segera selesaikan kes penahanan Rakayat Malaysia di Mesir. Kenapa ianya terjadi dan lewat diselesaikan.???
Monday, June 21, 2010
Dato' Seri Nizar di Petang Sabtu 19 Jun 2010 di Pasir Panjang.
Encik Azmi Mohd Nor dari Fasa 3A gembira menerima kehadiran Dato' Seri Nizar ADUN Pasir Panjang, ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya Nurhadijah.
Di majlis kenduri anak Encik Azmi Mohd Nor itu, Dato' Seri Nizar sempat bertemu dan berbual-bual dengan Saudara Jamaluddin Elias dari Yayasan Amal, salah seorang yang di tangkap oleh askar Israel ketika berada di kapal Marvi Marvara dalam misi Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza bersama-sama anggota yang lain.
Dato' Seri Nizar sempat bertemu dan menziarahi saudara Baharom@ Abdan Ismail di Kampong Permatang, yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan ketika bergelut dengan perompak yang memasuki rumahnya minggu lepas.
Keadaan kepala Saudara Baharom yang ditetak oleh perompak.
Di Taman Samudera Dato' Seri Nizar bertemu salah seorang penduduk yang mengadu mengenai jalan di depan rumahnya memerlukan bonggol bagi kenderaan bergerak laju terutama motosikal, yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada penduduk.
Dato Seri Nizar menyampaikan ucapan di Kampong Baharu (L) di sebuah restoren Cina.
Dato' Seri Nizar bergambar dengan penduduk di Kampong Baharu (L) selapas memberi sedikit ucapan.
Hadir kenduri kahwin India Kampong Baharu (L)
Dato' Seri Nizar mengambil juadah yang disediakan
Selepas Solat Maghrib, Dato' Seri Nizar menyampaikan Tazkirah bertajuk Isra' Wal Mikraj di Surau Taman Seri Lekir, Batu 7, Lekir.
Dato' Seri Nizar bergambar dengan penduduk di Kampong Baharu (L) selapas memberi sedikit ucapan.
Hadir kenduri kahwin India Kampong Baharu (L)
Dato' Seri Nizar mengambil juadah yang disediakan
Selepas Solat Maghrib, Dato' Seri Nizar menyampaikan Tazkirah bertajuk Isra' Wal Mikraj di Surau Taman Seri Lekir, Batu 7, Lekir.
Pada 19 Jun 2010 (Sabtu), Dato Seri Nizar mempunyai jadual ketat dari pagi ke malam. Sebelah Pagi, Dato' Seri Nizar telah berada di Pekan Karai, Kuala Kangsar dan kemudiannya beliau memenuhi jemputan Kenduri kahwin Penghulu Safian Shukur di Taman Meru, Ipoh. Kemudian barulah beliau bertolak ke Pasir Panjang mengikut jadual yang telah diatur. Program yang pertama, beliau menghadiri jemputan kenduri kahwin anak saudara Azmi Mohd Nor di Taman Fasa 3A. Di majlis tersebut, beliau berkesempatan menemui saudara Jamaluddin Elias Aktivis Yayasan Amal, salah seorang yang ditahan oleh Askar Israel di Kapal Marvi Marvara dilautan Mediternean ketika Konvoi Bantuan menghantar bantuan ke Gaza, Palestin. Dato' Seri Nizar juga berkesempatan menziarahi Saudara Baharom @ Abdan Ismail di rumahnya selepas beliau cerdera ketika bergelut dengan perompak di rumahnya di Kampong Permatang, Pasir Panjang. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampong Baharu (L) dan menyampaikan sedikit ucapan. Di Kampong Baharu (L), beliau berkesempatan menghadiri satu jemputan kahwin keluarga India. Diakhir lawatannya beliau solat maghrib di Surau Taman Seri Lekir dan menyampaikan Tazkirah Israk Wal Mikraj.Dan kembali ke kediamannya jam 10 malam.
Institut Latihan Pilihanraya PAS (Ilpas) : PAS persiap hadapi pilihan raya
Zulkifli Sulong
HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan. "Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini. Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri. Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya. Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan. Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri. Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu. Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya. Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi. "Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang. Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu. "Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi. Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya. "Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya. |
Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor mati kemalangan jalan raya.
Lihatlah logo PAS yang tersemat didadanya! Lihatlah kawan-kawan!
Bersemangatnya Mendiang Bala dalam menyokong PAS.. (kisah kemalangan mendiang disini)
Teringat teman pada satu ayat Al-Quran
"Jika kamu tidak berangkat untuk berperang(pada Jalan Allah) , niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah At-Taubah, Ayat 40)
Semoga keluarga Mendiang EN. Bala daripada Estet Changkat Asa bersabar dan menerima musibah ini dengan pernuh kesabaran.
En. Bala ini merupakan seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang sangat aktif dan rajin terutama ketika kempen PRU12 dan PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Kehilangannya akan amat dirasakan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Hulu Selangor dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Selangor.
sumber : sunsnake 21062010
p/s: Gambor ehsan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor yang melawat mangsa dan keluarganya di Hospital Kuala Kubu sejurus selepas kejadian
Friday, June 18, 2010
Bancian: 71 peratus mahu pilihan raya tempatan
Sebahagian besar daripada mereka adalah masyarakat Cina - 75 peratus, diikuti dengan India - 71 peratus dan Melayu - 68 peratus.
“Bagaimanpun kajian yang sama mendapati hampir separuh daripada responden (45 peratus) yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan pilihan raya kerajaan tempatan,” kata bancian itu.
Ini kemungkinan berlaku kerana pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir di Malaysia dijalankan pada 1964.
“Kumpulan golongan muda mencatatkan pemahaman yang paling rendah - hanya 37 peratus yang memahaminya,” kata kajian itu.
Partai Keadilan Sejahtera, Indonesia Turuti Jejak PAS
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia akan pinda perlembagaan mereka untuk masukan bukan islam sebagai ahli parti. Tindakan ini selari dengan PAS yang baru-baru ini turut meminda perlembagaan untuk bukan islam menganggotai parti islam itu. Parti-parti Islam seluruh dunia sentiasa berijtihad dalam konteks siyasah islam terutamanya soal tahalluf siyasi. Bukannya mmacam UMNO Kiasu yang tak pernah berubah, terus kekal dengan melayu sambil menghunus keris kontot.. Ini beritanya
Terima Nonmuslim, PKS Tetap Berasas Islam
VIVAnews - Presiden Partai Keadilan Sejahtera, Luthfi Hasan Ishaaq, menyatakan partainya sejak awal membuka diri untuk kalangan nonmuslim. Meski terbuka, Luthfi menegaskan PKS tetap berasas Islam.
"PKS memberikan apresiasi kepada para profesional anak bangsa," kata Presiden PKS Luthfi Hasan Ishaaq dalam jumpa pers di Ritz Carlton, Jakarta, Kamis 17 Juni 2010.
Luthfi menjelaskan, para profesional begitu dihargai dan mendapat tempat terhormat dalam PKS. Profesionalisme terdapat di semua orang dari berbagai etnik dan agama.
"Jadi apapun etniknya, apapun agamanya, apapun backgroundnya, sepanjang dia memiliki garis perjuangan yang sama dengan PKS dan mengedepankan profesionalisme serta memberikan apresiasi kepada profesionalitas, mau bersama dengan PKS untuk bersih dan peduli, maka dia akan dapat menjadi warga Partai Keadilan Sejahtera," kata Luthfi.
Keterbukaan terhadap semua kalangan ini, tambah Luthfi, sebenarnya sudah dibuktikan sejak dulu oleh teladan umat Islam, yaitu Rasulullah Muhammad SAW. "Jadi memang hal ini bukanlah sesuatu yang baru. Begitulah ajaran Islam dan PKS melakukan hal yang sama dalam garis perjuangannya," kata Luthfi.
Rencana membuka pintu untuk nonmuslim dalam Anggaran Dasar dan Anggaran Rumah Tangga PKS itu juga dipastikan Luthfi tidak mengubah fundamental PKS. Amandemen AD/ART tidak pada bab fundamental, hanya pada masalah mekanisme organisatoris. Prinsip dasar partai, kata Luthfi, akan tetap sama yakni PKS adalah partai Islam yang Pancasilais dan nasionalis.
Dengan demikian, tambah Luthfi, prinsip dasar pola tidak berubah, karena yang berubah hanya pola organisasi partai. "Ini pengaturan ulang pola keorganisasian partai dalam rangka menyongsong target-target yang ingin dicapai oleh partai ke depan," kata Luthfi di sela-sela workshop kader PKS itu.
Penerimaan nonmuslim itu, kata Luthfi, sebenarnya sudah dilakukan sejak awal berdiri dengan nama Partai Keadilan. "Hanya belum terekspos dengan baik di media masa bahwa di antara pengurus dan anggota dewan Partai Keadilan Sejahtera ada yang nonmuslim dan itu tidak ada masalah, terutama di daerah yang di sana Islam itu masih minoritas," kata Luthfi.
Kemarin, Sekretaris Jenderal PKS Anis Matta menyatakan akan ada amandemen soal aturan enam jenjang kader di PKS. Amandemen ini untuk mengakomodasi nonmuslim supaya bisa didudukkan di posisi legislatif dan eksekutif. Selama ini, PKS baru mendudukkan anggota nonmuslim ini di legislatif yakni di sejumlah Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Papua dan Nusa Tenggara Timur.
Inilah serba sedikit latar belakang PKS, parti islam di Indonesia
Parti Keadilan Sejahtera (PKS)
Parti Keadilan Sejahtera (Singkatannya PKS atau PK Sejahtera) adalah salah sebuah parti politik yang berasaskan Islam di Indonesia. PKS didirikan di Jakarta pada 9 Jamadil Awal 1423 H bertepatan dengan 20 April 2002. PKS merupakan kelangsungan dari Parti Keadilan (PK) yang didirikan di Jakarta pada 26 Rabi'ul Awwal 1419 H bertepatan dengan 20 Julai 1998.
Pada 20 Julai 1998 PKS berdiri dengan nama awal Parti Keadilan (singkatnya PK) dalam sebuah konferens di Aula Masjid Al-Azhar, Kebayoran Baru, Jakarta. Presiden parti ini adalah Nurmahmudi Ismail.
Pada 30 Mei 1999 lapan parti politik berasaskan Islam (PPP, Partai Keadilan, Partai Kebangkitan Ummat, Parti Ummat Islam, PPII Masyumi, PNU, PBB, dan PSII 1905) menyepakati penggabungan suara (stembus accoord) hasil Pemilu 1999.
Pada 20 Oktober 1999 PK menerima tawaran kerusi Kementerian Kehutanan dan Perkebunan (Hutbun) dalam Kabinet Pemerintahan KH Abdurrahman Wahid, dan mencadangkan Nurmahmudi Ismail (ketika itu presiden parti) sebagai calon menteri. Nurmahmudi kemudian mengundurkan diri sebagai presiden parti dan digantikan pula oleh Hidayat Nur Wahid pada 21 Mei 2000.
Pada 3 Ogos 2008 parti Islam (PPP, PBB, PK, Masyumi, PKU, PNU, PUI, dan PSII 1905) menganjurkan acara sarasehan dan silaturahmi parti-parti Islam di Masjid Al Azhar dan meminta Piagam Jakarta masuk dalam Amandemen UUD 1945.
Pada 8 Jun 2002 PKS menjadi salah satu parti yang menandatangani MOU bersama 15 pimpinan parti lainnya yang menolak undang-undang Pemilu Nombor 3 Tahun 1999 tentang syarat berlakunya had minimum penyertaan parti politik pada pemilu selanjutnya (electoral threshold) dua peratus di Hotel Sahid, Jakarta. Dokumen bersama ini juga menuntut agar semua parti peserta Pemilu 1999 dibenarkan bertanding lagi dalam Pemilu 2004 walaupun ada parti yang sama sekali tidak mempunyai perolehan kerusi di DPR/DPRD.
Pada bulan Mac hingga Jun 2003 tercatat aktiviti-aktiviti PK yang mendukung aksi-aksi PKS.
Pada 2 Julai 2003 PKS menyelesaikan seluruh proses verifikasi Departemen Kehakiman dan HAM di tingkat Dewan Pimpinan Wilayah (setingkat Propinsi) dan Dewan Pimpinan Daerah (setingkat Kabupaten/Kota).
Pada 3 Julai 2003 PK bergabung dengan PKS dan dengan penggabungan ini, seluruh hak milik PK menjadi milik PKS, termasuk anggota dewan dan para kadernya. Dengan penggabungan ini maka PK secara rasmi berubah nama menjadi PKS.
Pada Pemilu 2004, PKS memperoleh suara sebanyak 7,34% (8.325.020) dari jumlah total dan mendapatkan 45 kerusi di DPR dari keseluruhan 550 kerusi di DPR. Hidayat Nur Wahid (Bekas Presiden PKS) kemudian terpilih sebagai ketua MPR penggal 2004-2009 dan mengundurkan diri dari jawatannya sebagai Presiden PK Sejahtera.
Sidang Majlis Syura I PKS pada 26-29 Mei 2005 di Jakarta memilih Tifatul Sembiring sebagai Presiden PKS sesi 2005-2010.
Pada 9 Julai 2008 melalui pengundian nombor susunan parti yang diadakan secara rasmi oleh KPU, PKS memperolehi nombor 8 sebagai peserta Pemilu 2009. Pada PEMILU 2009 itu, PKS berjaya perolehi 57 kerusi (10%) di Dewan Parlimen Rakyat setelah mendapat sebanyak 8.206.955 undi (7.9%) daripada penduduk Indonesia. PKS menjadi satu-satunya partai - selain Demokrat - yang mengalami kenaikan jumlah peningkatan undi dalam Pemilu itu.
Kes Gigit Polis: Tian Chua "kekal" MP Batu
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu.
Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.
Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.
"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.
"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”
Tian yang baru tiba dari Paris pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.
Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.
Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.
Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.
"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.
"Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”
Tian yang baru tiba dari Paris pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.
Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.
Thursday, June 17, 2010
YB K 7 TIDAK AKAN LOMPAT PARTI
"Alhamdulillah, saya selamat dari syaitan BN. Saya sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan maruah dan harga diri pengundi HM...lawan tetap lawan".
Itu adalah jawapan YB Kesavan (K7)melalui mesej kepada saya setelah dihubungi berikutan dengan desas desus kononnya beliau akan turut melompat menyertai BN. Beberapa rakan dan wartawan cuba menghubungi beliau melalui hp tetapi tidak diangkat,ini menggusarkan penyokong-penyokong PR sehingga timbul tandatanya ?
Ternyata telahan tersebut meleset, K7 sengaja menutup hpnya, kebelakangan ini beliau sering dihubungi oleh syaitan-syaitan BN (bahasa K7) dan beberapa orang yang tidak dikenali memujuk supaya beliau mengikut jejak langkah adun Malim Nawar.
Saya sedikitpun tidak percaya dengan khabar angin ini. K7 seorang yang berprinsip dan sangat tegas dengan prinsip yang dipegangnya. Beliau juga di antara yang menerima tawaran puluhan juta dari beberapa orang BN, antara yang pernah menghubungi katanya adalah Ezam Mohd Noor sendiri dan orang-orang Zahid. Semua tawaran dan pujukan ditolak dengan prinsipnya yang dipegang kukuh.
Ceramahnya sering menggegar, setiap hujjah disertai dengan petikan terjemahan al Quran, kadang-kadang dia baca petikan al quran tersebut, hadis-hadis nabi dan ungkapan-ungkapan dalam bahasa Arab. Saya sentiasa berdoa semuga K7 diberi hidayah oleh Allah swt dan menjadi saudara mukmin kepada kita semua.
Orang yang ada prinsip sekalipun belum beriman kepada Allah swt tidak mudah goyah dengan tawaran berjuta-juta apatah lagi dengan pujuk rayu.
Wednesday, June 16, 2010
Cubaan merompak pemilik gerai Baharom @ Abdan Ismail di Kampong Permatang, Pasir Panjang.
Encik Baharom Yang bergelut dengan perompak yang masuk kerumahnya di Kampong Permatang, Pasir Panjang pagi tadi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat ditetak oleh perompak.
Keadaan tangannya yang ditetak.
Tiga batang besi jeriji tingkap jenis Narco dipotong oleh perompak.
Cermin Tingkap Narco yang dipecahkan.
Kesan Darah bertaburan di atas lantai setelah bergelut dengan perompak.
Kesan Darah jari perompak yang melekat pada dinding tingkap setelah mereka melarikan diri.
Sebentar tadi saya telah ke hospital Seri Manjung untuk menziarahi mangsa rompakan Encik Baharom @ Abdan Ismail, Pemilik gerai tepi muara kampong Permatang. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat di tetak oleh dua orang perompak yang tidak dikenali pada awal pagi di rumahnya. Pada masa kejadian beliau yang tidur di bilik belakang rumahnya di datangi oleh dua orang perompak yang tidak dikenali dengan bersenjatakan parang. Encik Baharom cuba mempertahankan diri dengan mencapai sebilah parang yang disimpan di bawah katil, tetapi perompak tersebut menetaknya terlebih dahulu. Akhirnya perompak itu melarikan diri keluar melalui tingkap yang telah dipotong jerijinya. Anak lelaki Encik Baharom cuba membantu, tetapi perompak tersebut tidak dapat ditangkap. Encik Baharom dimasukkan ke wad 6 hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan. Polis sedang membuat siasatan dan ada kemungkinan modes operandi kes rompakan ini melibatkan rompakan terhadap peniaga-peniaga.
Tuesday, June 15, 2010
ADUN Malim Nawar keluar DAP masuk Bebas
Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, sebentar tadi.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.
malaysia kini
USTAZ IBRAHIM ZAKARIA DITAHAN POLIS MESIR
Selasa 15 Jun 2010
Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.
PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.
Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.
Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.
PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.
Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.
Subscribe to:
Posts (Atom)