TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, August 3, 2010

KRONOLOGI SIDANG DUN PERAK 3 OGOS 2010 (SELASA)



IPOH, 3 Ogos: Speaker BN, Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini kerana enggan berhenti dari berucap selepas diarahkannya. 

http://media1.malaysiakini.com/277/4c7d7e00d6620a0cf2218615ba19b52a.jpg


8.30 a.m : Adun Pakatan Rakyat berkumpul di bagunan Wisma DAP, besarapan sebelum menuju ke persidangan Dun.(Batu Gajah Mari)

9.00: Polis mengadakan sekatan ke laluan masuk menuju ke bangunan SUK Perak sejak awal pagi. Adun Pakatan sedia bergerak ke SUK.
9.10: Adun Pakatan mula bergerak dari Wisama DAP ke pintu masuk bagunan SUK.
9.20: Anggota polis mengawal ketat pintu masuk.

9.30: Peraturan baru dikeluarkan sepaker BN, Ganesan, Komputer riba tiba-tiba boleh dibawa masuk. Sebelum ini ianya antara barang larangan dibawa ke persidangan Dun.
9.45: Kesemua Adun PR dan BN mula sampai dan mengambil tempat masing-masing.
10.00: Persidangan bermula, Ganesan sedang membaca urusan mesyuarat.

10.05: Ganesan mengumumkan peraturan baru mesyuarat, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.
10.15: Soalan pertama mula diabangkitkan oleh bekas Menteri Besar BN, Tan Sri Tajol Rosli yang juga Adun Pengkalan Hulu
10.30: Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Kadir memberitahu dewan rizab kerajaan negeri tinggi iaitu RM847.5 juta, maka tiada masalah untuk guna RM80 juta untuk merangsang ekonomi.
10.38: Adun Pantai Remis, Nga Kor Meng bertanya soalan tambahan dengan mengatakan inilah pertama kali sebuah negeri yang bangga dengan bajet defisit. Sedangkan Perak berada dalam kategori negeri di bawah BN yang ketiga miskin di Malaysia.

10.40: Ganesan mengarahkan bentara kamera yang diguna Adun Pantai Remis dirampas ketika cuba merakam gambar persidangan.

10.45: Adun PR mula membangkitkan peraturan mesyuarat membantah tindakan tersebut.
10.48: Zambry berkata dia berminat untuk berdebat bagi menafikan kenyataan Nga Kor Meng dalam berbagai media sebelum ini, tohmahan dan sangkaan jahat itu dibantah oleh Nga Kor Meng yang disifatkan sebagai berniat jahat.
10.50: Adun PR dakwa talian internet disekat. Ianya termasuk sistem wireless dan broadband.
Ganesan mengarahkan semua adun yang bangun membantah agar duduk. Minta keputusannya dihormati dan mengarahkan semua menjaga tatasusila.

10.55: Zambry menjawab mengenai jumlah miskin tegar di Perak berjumlah 764 orang sedangkan yang ditanya oleh Pantai Remis ialah jumlah yang pendapatan kurang dari RM2,000 yang berjumlah 192,000 orang. Lalu jawapan itu dibantah oleh Adun PR.
Persidangnan terus kecoh, Ganesan tidak membenarkan sesiapa bangun bangkitkan peraturan mesyuarat.
10.58: Adun Bercam mengemukakan soalan tambahan mengenai penurunan indek pelaburan asing (FDI) Malaysia yang merosot sebanyak 81 pratus, namun dijawab oleh Sungai Rapat yang mengatakan dia berminat dalam konteks Perak sahaja.
11.00: Zambry melaungkan perkataan "Adun PR Biadap", Adun PR bantah, Ganesan hanya membiarkan, Zambry enggan tarik balik. Talian Internet kembali berfungsi sebentar setelah gagal digunakan sekitar setengah jam.
11.02: Zambry menuduh apa yang dihebahkan oleh Pakatan Rakyat adalah putar belit, lalu dibantah oleh Adun PR Pasir Panjang dan Titi Serong serta Teja bangun membantah kerana Pangkor tidak memberikan jawapan tetapi semacam berceramah
11.05: Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar jamaluddin berkata, BN hanya mahu bersidang satu hari, tidak bersedia untuk bersidang masalah rakyat seperti biasa iaitu selama empat hari.


11.15: Jawapan kepada soalan 4. Sesi jawapan kepada soalan lisan baru pada soalan ke 4 oleh Adun Trong.
11.20: Ganesan tegur Adun Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham yang tidak memanggilnya Speaker sewaktu mengemukkan soalan ke 5. Ganesan menegur beliau yang memanggilnya pengerusi dan mengatakan dia adalah speaker. Ngeh sempat mencelah mengatakan isu speaker akan ditentukan oleh mahkamah.

11.26: Zambry menuduh pakatan rakyat berbohong dalam ceramah dan mengatakan kena bertanggung jawab kepada Tuhan. Dewan sedikit kecoh bila Nga Kor Meng bagaimanapun membantah tindakan Zambry kerana bertentangan dengan Perintah Tetap.
11.30: Sesi jawapan soalan lisan berakhir seperti yang diperuntukkan selama satu jam setengah seperti diumumkan Ganesan.
11.45: Zambry mengemukan usul rang undang-undang bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi tujuan perkhidmatan tahun 2010 berjumlah sebanyak RM 80 juta, dibaca untuk kali pertama, dan seterusnya dibaca untuk kali ke dua disokong oleh Adun Sungai Rapat.
11:55: Ganesan mengumumkan persidangan hanya akan diadakan satu hari sahaja.
12.10 p.m : Ganesan mengumumkan perbahasan kepada Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta hanya 15 minit diberi kepada adun Pakatan Rakyat. Kesemua aAdun PR membantah.Dewan kecoh seketika..
12.15: Ganesan meminta Adun Pakatan Rakyat memanggilnya Sepeker bukan Datuk Ganesan.
12.20: Datuk Seri Nizar sedang berucap mewakili Pakatan Rakyat, dia juga memanggil Ganesan dengan "Datuk Ganesan". Ganesan bagaimanapun menasihatkan agar dia dipanggill dengan nama "Speaker".
12.25: Kesemua pintu dewan dikunci. Adun Setiawan, Ngeh Koo Ham bangun membantah dengan meminta supaya semua pintu yang ada dibuka demi keselamatan semua yang berada dalam dewan.
12.27: Luar Dewan- Pasukan keselamtan yang berkumpul di kedai mamak berhampiran mula menerima arahan dan kini bergerak masuk ke kawasan SUK.



12.30: DS Nizarmenyatakan bantahan waktu yang singkat untuk berbahas sedangkan katanya di parlimen diberikan sehingga 40 hari. Sewaktu zaman PR memerintah, seluruh media katanya dibenar masuk membuat liputan dan tidak membenarkan polis masuk dan berkeliaran dalam dewan
12.33: Adun Tronoh, V.Sivakumar bangun mencabar pihak kerajaan untuk berbahas selama 5 hari. DS Nizar turut mencabar Zambry untuk berbahas selama 5 hari, namun tiada sebarang respon dari BN.
12.35: Belum sampai 10 minit DS Nizar berucap, Ganesan memberitahu Nizar ada satu minit sahaja lagi. Pakatan Rakyat sepatutnya diberi masa 15 minit seperti diumum Ganesan sebelum ini.
12.40: Ganesan meminta DS Nizar berenti berucap bagaimanapun Nizar tetap meneruskan ucapan. Pada masa sama Ganesan juga membenarkan Adun Slim berucap. Dewan gamat seketika.

12.50: Nizar bertegas dia berhak berucap kerana dia adalah Ketua Pembangkang Negeri. Dua dua pihak sedang bersuara.
1.00: Ganesan memberi amarannya terakhir supaya Nizar duduk tetapi Nizar bagaimanapun terus bertegas bahawa dia ada hak untuk berbahas, malah mencabar supaya berbahas selama 4 hari.

1.20: Ganesan akhirnya mengarahkan Nizar 'tinggalkan dewan' dan berkata Nizar digantung sehari. Bentara dewan diarah halau Nizar keluar.
1.25: Adun Pasir Pinji meminta Ganesan menarik balik pengantungan kepada Nizar. Ganesan mengumumkan amaran terakhir kepada Adun Pasir Pinji. 

1.35: Adun Pakatan Rakyat keluar dewan dan kini mengadakan sidang media di luar dewan.

No comments:

Post a Comment