TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, August 3, 2010

Karnival Produk Halal di Fasa 3C, Seri Manjung.

 
Ketibaan Dato' Seri Nizar disambut oleh YDP Pas Kawasan Lumut

 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut 
yang menjadi Pengarah Program Karnival Produk Halal menyabut ketibaan Dato' Seri Nizar.


YDP, Dato' Seri Nizar dan Encik Shukri Di Pentas Utama.
Pemeriksaan Doktor
Suasana digerai-gerai yang disediakan.

1 Ogos 2010 (Ahad), Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut telah berjaya menjayakan Program Karnival Produk Halal di Taman Fasa 1C, Seri Manjung. Program ini bertujuan untuk memberitahu penduduk setempat betapa pentingnya Umat Islam mendapatkan barangan Produk Islam untuk kegunaan harian samada makanan, minuman, komestik dan lain-lain. " Mencari Yang Halal itu Wajib" telah menjadi Motto Karnival Produk Halal ini. Pelbagai pengusaha telah mempamerkan barangan mereka untuk dijadikan pilihan kepada pengunjung untuk berbelanja dan menjadikan barangan untuk kegunaan sebagai alternatif semasa kegunaan harian.
Program ini telah dirasmikan oleh , YB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin ADUN Pasir Panjang. Antara aturcara yang telah dijalankan ialah; ceramah produk halal, ceramah guaman, ceramah usahawan, khidmat pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sukaneka. Disebelah malamnya pula, telah diadakan ceramah penerangan oleh encik Radzi Zainon dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Cawangan Perak dan Encik Roslan Ali dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerangkan produk-produk Halal dan Haram untuk peringatan kepada pengguna agar dapat membuat pilihan yang betul semasa membeli barangan keperluan harian.
Walau pun program ini hanya pameran barangan Halal, tetapi ia dirumitkan oleh pihak polis kerana tidak membenarkan program ini diadakan di kawasan terbuka namun setelah perbincangan diadakan akhirnya tetap dapat dijayakan.

No comments:

Post a Comment