8/17/2010 09:36:00 PM / Posted by OMan /
Coretan dari luahan rakyat, bukan berita, pun bukan rencana tapi mahu 'berita'hu macam'ana?
KIANAT INI IBARAT PENGHINAAN KEPADA PENYUMBANG TERDAHULU, PEJUANG KEMERDEKAAN INDIA DAN SULTAN PERAK. SELAMATKAN WARISAN RAKYAT INI.
Isu ini berkenaan Tanah Pusaka Warisan rakyat yang dikenali sbg SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT (tahun 1957 dikenali sbg SIMPANG AMPAT ENGLISH SCHOOL) kini cuba di'sembunyi'kan oleh kerajaan dan penyalahgunaan kuasa pentadbiran warisan ini. Bagi penduduk lama Manjung (Dindings) mahupun bekas pelajar yg berbangsa Melayu, sekolah ini lebih dikenali sbg SEKOLAH GANDHI yang mana kewujudannya dari sumbangan pekerja-pekerja estet dan ahli-ahli perniagaan berbagai bangsa. Warisan DINDINGS GANDHI MEMORIAL BUILDINGS ini telah di'buka'kan oleh Sultan Perak yang ke 32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil sempena hari kelahiran Mahatma Mohandas Karamchnad Gandhi pada hari Khamis, 2 Oktober 1952 jam 12.45PM. (senarai nama-nama penyumbang di siri seterusnya)
Bagi rakyat terutamanya kaum India di Malaysia, ia adalah nilai sejarah yang tinggi, yang antara faktornya kehadiran sebahagian abu mayat mendiang Gandhi di Malaysia dan satu-satunya diterima di tempat bersejarah ini selain negara India itu sendiri. Ia memperlihatkan berlakunya perarakan rakyat berjalan dari Sitiawan ke Lumut(Titi Panjang) pada tahun itu. (gambar dan artikel berbahasa tamil akan dipaparkan)
Bagi pewaris dan persatuan Dindings Indian Association (DIA) mohon pusaka yang dianggap sbg Tugu Mahatma Gandhi harus diserahkan tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana pihak bagi menjamin pusaka ini.
Menurut Pengerusi DIA, En. MP.Shanmugam, dan Setiausaha Kehormat DIA, En. M.Sethubathi, ada penyalahan guna kuasa pentadbiran kini di mana cara perlantikan 'trustee' dalam dokumen hakmilik tanah juga disyaki tiada dalam mesyuarat agung tahunan tetapi dalam perjanjian dihadapan Pesuruhjaya Sumpah. Pentadbiran juga membenarkan aktiviti penjualan arak, aktiviti berjudi dan memberi sewaan bilik dalam bangunan DIA kepada warga asing.
Dari tinjaun ke dewan berkenaan, keadaannya seperti tiada sebarang kerja penyelenggaraan mahupun baikpulih, dan kebetulan hujan memperlihatkan tirisan air hujan mengalir dan bertakung. Patung Mahatma Gandhi juga berlaku vandalisme dan tiada kawalan terhadap bahan sejarah itu sehingga berlaku contengan.(gambar dan video akan dipaparkan dalam siri yang lain) Begitupun, ia adalah bahan sejarah yg menarik kerana setiap bilik darjah yg didirikan ada batu penandaan nama penyumbang, rakyat tidak mahu lagi penandaan ini musnah seperti di 'bawah pokok'.
Rakyat mahu mendapatkan 'feedback' dari mana-mana pihak terhadap isu ini. Difahamkan pihak kerajaan negeri yang diketuai DS Zambry telah dimaklumkan, namun agak mendukacitakan beranggapan isu ini diertikan sbg isu perkauman. Siapa yg kata perkauman? Kerajaan sedar atau tidak, orang-orang terdahulu yg mendirikan dewan dan bilik-bilik darjah yg sedia ada kini dari hasil titik peluh mereka selama 18 bulan 'kerja kuat' yang datang dari pelbagai bangsa harmoni kaum india, cina, melayu dan singh termasuklah atuk Abdul Talib dan makcik Zainah dan 36 orang melayu yg menoreh saban hari bergajikan 46 ringgit sebulan ketika itu, malah dilantik pula menjadi ahli jawatan kuasa pusat kepada Inche Noordin, Inche M.N Yusuf dan Tuan Haji Abdullah. Begitulah seadanya nama bandar yang terletaknya tugu ini yakni Sitiawan dipercayai dari semangat 'Setia Kawan'.
Namun, difahamkan bilamana ia dirujuk kepada pihak persekutuan pula menuduh ia dibawah kuasa kerajaan negeri, saling menyalahkan atau menyembunyikan fakta? Justeru dalam menjaga harta warisan rakyat ini, kami rakyat biasa rasa bertanggungjawab utk terus membongkar kejadian ini. Maklumat dari generasi yg dulunya menyerahkan tanah ini utk tujuan mewujudkan sekolah bagi anak2 tempatan berbilang bangsa. Namun kini mereka dikianati oleh kerajaan 1Malaysia utk mengambil bahan warisan sejarah (heritage) rakyat ini utk tujuan tertentu.
Ini satu penghinaan buat 380 orang penyumbang berbangsa cina, melayu, india dan singh samada persatuan, ahli perniagaan, penoreh getah mahupun pekerja-pekerja estate pada tahun 1952 bg membina GANDHI MEMORIAL BULIDING dgn satu tujuan. Walaupun waris ditawarkan dgn wang ringgit utk pengambilan tanah bersejarah ini, namum waris menolaknya kerana ia amat berharga dan pusaka ini wajib dipelihara dan dimanfaatkan, bukan kerana wang.
Komen dari MP Ipoh Barat, YB M. Gulasegaran akan dipaparkan kemudian.
Kata-kata Presiden terdahulu (1952), Dr. VRN Menon pada hari pembukaan oleh Sultan Perak yg ke 32, di perenggan ke 11 :
"IT IS OUR EARNEST PRAYER THAT YOUR HIGHNESS AND YOUR HIGHNESS' GOVERMENT WOULD WATCH WITH THE KEENEST INTEREST THE PROGRESS OF THIS YOUNG AND GROWING INSTITUTION AND EXTEND TO US YOUR HIGHNESS' BLESSINGS AND ADVICE"
Luaran Dewan dan Batu Penandaan Pembukaan.
Sambung coretan rakyat biasa.......
No comments:
Post a Comment