TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Thursday, August 26, 2010
Berbuka puasa di Surau Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor.
Baru-baru ini saya sempat Berbuka puasa bersama dengan jamaah surau Kampong Sungai Pinang Besar (SPB), Pulau Pangkor. Turut hadir Laksamana Pertama (B) Haji Imran bin Abdul Hamid TLDM. Kampung ini yang terletak di tengah-tengah Pulau Pangkor menempatkan sebahagian kecil penduduk. Kehidupan mereka yang kebanyakan bekerja sebagai nelayan turut dipenuhi aktiviti kemasyarakatan. Surau atau masjid sahajalah menjadi tempat untuk mereka berhimpun disamping menerima ilmu Islam. Kelas-kelas fardhu Ain yang disampaikan oleh ustaz-ustaz dari tanah besar sering sahaja memenuhi jadual aktiviti surau mereka pada waktu malam. Walaupun penduduk di sini sederhana dan miskin, mereka tetap menjalankan kewajipan kepada Allah dengan menunaikan solat di surau yang dibina oleh mereka sendiri. Beginilah keadaan kehidupan yang dialami oleh penduduk di sini sejak sekian lama. Dari masa ke semasa, biarpun pembangunan Pulau Pangkor ini dibangunkan oleh kerajaan, namun hanya sedikit yang dapat mereka terima hasil dari pembangunan. Taraf kehidupan mereka menjadi lebih mencabar apabila orang luar juga mencari rezeki di sini. Perbezaan idealogi politik menghimpit mereka, apabila tekanan demi tekanan oleh politik BN menyebabkan mereka diketepikan untuk menerima bantuan. Kita percaya Pulau Pangkor boleh berubah pada satu masa nanti dengan mengenepikan budaya memperbudak-budakan masyarakat di sini dengan gula-gula politik. Semangat kental mereka, akan dapat menguburkan Barisan Nasional yang gah dengan egonya. Pakatan Rakyat telah mula menapak di hati masyarakat di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment