Dato' Seri Nizar menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazar Ramadhan di Seri Manjung dalam kawasan Pasir Panjang.
Peniaga air ini dikunjungi oleh YB Nizar
Warga Manjung mengambil peluang mendapatkan bubur lambuk dari Dao' Seri Nizar wakil rakyat mereka.
Golongan muda sangat teruja dengan kunjungan Dato' Seri Nizar ke gerai mereka.
Pada 26 Ogos 2010 (Khamis) Dato' Seri Nizar sempat berkunjung ke gerai-gerai yang terdapat di Bazar Ramadhan Seri Manjung. Terdapat 4 buah Bazar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk tujuan berniaga sepanjang bulan Ramadhan. Para peniaga menjual pelbagai jenis juadah dan air minuman untuk tujuan berbuka puasa.
Di Bazar Ramadhan inilah Dato' Seri Nizar boleh menemui para pengundinya untuk bertanya khabar samaada para peniaga dan juga pembeli yang sememangnya ramai. Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Nizar memudahkan rakyat untuk berinteraksi dengannya. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau dan beliau tidak pernah menolak untuk bergambar.
Selain daripada berkunjung dan menemui rakyat, Dato' Seri Nizar telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada para pengunjung secara percuma. Para pengunjung sangat berbesar hati kerana dapat menerima sumbangan bubur lambuk untuk berbuka puasa dari wakil rakyat mereka.
Dato' Seri Nizar juga bukan hanya dikenali kerana kelantangannya, malah sikap mesranya membuatkan rakyat sangat menyukainya.
No comments:
Post a Comment