TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, August 27, 2010

Cik Gu Kamaruddin Awang Teh dan isterinya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Sungai Buluh

Dua buah van yang membawa jenazah Cik gu Kamaruddin bin Awang Teh dan isterinya Nariah Dato' Abd Malik untuk ke tanah perkuburan setalah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Ayer Tawar. Kedua-dua pasangan suami isteri ini yang juga aktivis masyarakat , meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya berhampiran Sungai Buluh, Selangor.
Jenazah Cik gu Kamaruddin dan isterinya Nariah Dato' Abd Malik disembahyangkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, dan ahli-ahli politik di Masjid Al Falah, Ayer Tawar.
Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham cik gu Kamaruddin dan Allahyarhamah Nariah.

Pada 26 Ogos 2010 (Khamis) bersamaan 16 Ramadhan, Cik gu Kamaruddin Awang Teh seorang aktivis masyarakat telah meninggal dunia bersama isterinya yang tersayang, Nariah Dato' Abd Malik seorang pekerja Pos Malaysia Sitiawan,  dalam kemalangan jalanraya di lebuhraya berhampiran Sungai Buluh Selangor. 
Semasa hayatnya cik gu Kamaruddin aktif dalam pertubuhan belia 4B di negeri Perak. Beliau juga terlibat diarena politik tanah air dan pernah menjadi calon pilihanraya. Beliau menyertai UMNO, Semangat 46, ADIL dan PKR. Menantu kepada Dato' Abd Malik, Mantan Exco Kanan Kerajaan Perak dan beliau juga adalah ipar kepada Dr Khairuddin, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak. 

No comments:

Post a Comment