TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Friday, May 7, 2010
UMNO menggunakan pelajar sekolah untuk kepentingan politik
Umno tanpa segan silu menggunakan pelajar-pelajar sekolah untuk kepentingan politiknya walaupun sebelum ini mereka tidak membenarkan parti-parti lain selain dari UMNO untuk berurusan dengan pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktivitinya. Wajah kepura puraan UMNO dan juga pihak pengurusan sekolah patut dibendung dari terus menerus melakukan penipuan. Inilah politik buruk UMNO. Begitu jugalah yang dilakukan olih mereka menyekat orang-orang politik selain dari UMNo untuk menggunakan masjid...sebaliknya, jika UMNo yang melakukan aktiviti-aktiviti di masjid tidak mengapa. Sikap double standard ini patutlah dihapuskan. Sekolah-sekolah dalam Malaysia bukanlah kepunyaan UMNO tetapi adalah kepunyaan rakyat. Rakyat lah yang membayar cukai untuk membina sekolah bagi mendidik anak-anak supaya tidak buta huruf. Sudahlah UMNO...Janganlah kamu menggunakan pelajar-pelajar sekolah atau apa sahaja kemudahan rakyat sesuka hati tanpa memikirkan pelajar-pelajar sekolah ini dipergunakan untuk kelancaran mileage politik sempit UMNO..UMNO telah menggunakan apa sahaja ruang walaupun menyalahi etika tanpa dipertikaikan seperti mana parti-parti lain. Apakah tindakan Pejabat Pendidikan Daerah tidak memantau kerja buruk UMNO menggunakan pelajar sekolah unbtuk aktiviti-aktivitinya. Batalkan sahaja program ini jika PPD tidak mahu melibatkan diri dengan urusan parti politik sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment