TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, May 6, 2010

Sebuah kisah dan tauladan.

Hari ini saya nak bercerita tentang kisah seorang sahabat saya.... cik gu 'S" . Mungkin kisah ini akan menjadi pengajaran kepada kita. Saya sempat menziarahi cik gu 'S' yang terlantar kerana sakit akibat kemalangan jalanraya. Kakinya patah dan dimasukkan besi. Dia juga menghidap sakit kencing manis. Apa pun yang hendak saya kongsikan dengan pembaca, bagaimana anak isteri beliau tidak menghiraukan dengan keadaan beliau yang sakit itu. Di biarkan sahaja cik gu 'S' terlantar di bengkel buruk ini tanpa diberi perhatian sewajarny;Tidur baring di atas tilam lusuh. Mujurlah ada kawan yang simpati membenarkan beliau untuk tinggal disitu dan menjaganya seperti berada di wad hospital. Makan minum dan gantian pampers dilakukan oleh kawan, bukan anak isteri yang sepatutnya mengambil berat hal ini. Cik gu 'S' mempunyai dua buah rumah, tetapi tidak dapat menikmati keselesaan hasil usahanya. Isteri beliau yang kasar dan tidak mempunyai belas kasihan langsung tentangnya terus tidak mengambil kisah. Malah anak-anaknya yang telah menamatkan pelajaran Universiti juga menganggap bapanya seperti orang lain saja.Namun difahamkan sehari sehari sebelum meninggal dunia anak-anaknya menjengahnya dan sempat menyuapkan nasi ke mulut bapanya. Dihari kematiannya saya dan sahabat menziarahi beliau. Pada masa itu, beliau tindur nyenyak dan mendengkur. Kami tidak menganggunya sehingga petang itu saya terkejut diberitahu beliau telah meninggal dunia di Hospital. Untuk membawa mayatnya dari bilik mayat kami berusaha menghubungi anak-anaknya untuk mendapatkan kebenaran mengkebumikan. Walau bagaimana pun lewat juga  menanti anak-anaknya untuk membawa mayat allahyarham ke rumahnya.Isterinya dengan nada yang serius agar mengkebumikan cik gu "S' malam itu juga, kerana esuk dia akan bekerja sebagai alasan. Itulah sikap seorang isteri yang angkuh dan sombong walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, walaupun hidup bersuami isteri dan mempunyai anak yang terpelajar, berjawatan tinggi, namun kehidupannya tidak semudah itu. Derita mengakhiri kematian. Ilmu Islam sangat penting dalam melayari kehidupan berumahtangga.

No comments:

Post a Comment