TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, May 14, 2010

Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia



Akhirnya Allah menjemputnya, tiada keistimewaan buat Ashaari. Dia juga manusia biasa macam kita. Disana Allah akan menunjukan hakikat sebenar sama ada perjuangannya itu betul atau tidak. Tetapi adakah perjuangan akan tamat?
Ashaari Muhammad meninggal dunia
Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.
Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.
Ashaari pernah mendakwa beliau adalah seorang nabi dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.
Selepas
dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.
Bagaimanpaun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.
Hukuman buang daerah itu kermudian diatrik balik pada Oktober 2004.-Malaysiakini

No comments:

Post a Comment