TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, May 5, 2010

Catatan Peristiwa Kemalangan SU Kerja JPN Selangor di Pantai Remis, Perak.

Semalam dan hari ini saya begitu sibuk.....tak lekat di pejabat, banyak tugas di luar. Jam 3.30 petang saya terima telefon dari YDP Pas Kawasan Lumut untuk bantu dan tengok sahabat dari JPN Selangor bersama isterinya kemalangan jalanraya di Pantai Remis, Perak. Dikhabarkan mereka dalam perjalanan ke Langkawi dengan kenderaan Perodua Kembara dari Selangor. Saya menelefon nombor yang diberi oleh YDP dengan nama Abdul Halim Muda, SU kerja JPN Selangor. Isteri beliau menjawab panggilan yang saya buat dan menceritakan tentang keadaan dan kejadian yang menimpa mereka. Ambulan dari Pantai Remis membawa mereka ke Hospital Seri Manjung. Berkebetulan pula semasa ambulan yang membawa mereka dari Pantai Remis sampai, saya juga sampai di wad kecemasan. Keadaan Abdul Halim tidak sedar diri kerana pengsan , manakala kaki dan tangan kanannya tidak boleh bergerak kerana patah. Kira-kira jam 7.00 malam barulah dia dimasukkan ke wad 6 katil nombor 13. Manakala isteri beliau yang keletihan dimasukkan ke wad yang sama kerana pengsan. Kira-kira jam 8.00 malam, ibu bapa mertua saudara Abdul Halim sampai dari Port Dickson. Jam 1.00 tengahari hari ini Saudara Abdul Halim di masukkan ke bilik pembedahan untuk pembedahan dibahagian kakinya yang cedera dan dimasukkan besi. kira-kira jam 7.00 malam pembedahan kaki dan tangan saudara Abdul Halim selesai. Ibu kandung dan adik-adiknya dari Manir Trengganu sampai dan sempat berbisik-bisik dengan Abdul Halim yang baru sedar-sedar ayam selepas pembedahan. Selepas itu barulah saya membawa keluarga saudara Abdul Halim untuk berehat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang. Itulah sekadar yang mampu dilakukan kepada mereka yang malang walaupun tak sesempurna dengan apa yang diharapkan. Pengorbanan mereka terhadap kerja2 Islam lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan sedikit sumbangan saya kepada mereka sebagai tanda kasih kepada pejuang seperti mereka.

No comments:

Post a Comment