TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, May 12, 2010

PAS yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang di Sibu

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 12 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin Pakatan Rakyat berpeluang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu jika gelombang sokongan masyarakat Cina di Semenanjung turut melanda Sibu.
Menurutnya, pengundi Cina di Semenanjung telah menunjukkan perubahan positif dengan menyokong Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum lalu dan pada siri pilihan raya kecil berikutnya.
"Kita mengharapkan gelombang di Semenanjung di mana pengundi Cina menunjukkan perubahan yang baik dan positif, memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Sekiranya arus ini sampai ke Sibu, kita boleh menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRK Sibu 16 Mei ini.
Ditanya kempen BN yang memainkan isu negara Islam kepada masyarakat Kristian di sana, beliau yakin masyarakat Sibu sudah faham demokrasi dan politik Malaysia.
Bagaimanapun jelasnya, laluan Pakatan Rakyat tidak mudah kerana terpaksa berdepan 'demokrasi luar tabii ala Umno BN.
"Demokrasi di Malaysia ni demokrasi luar tabii, banyak berlaku penyalahgunaan kuasa bila pilihan raya kecil," katanya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, BN sebagai parti pemerintah akan menggunakan seluruh jentera kerajaan berdepan Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, sekiranya Sibu berpihak kepada Pakatan Rakyat, ianya satu kemenangan bermakna dan satu kemenangan besar dalam sejarah Pakatan.
Namun jika kalah, ianya kekalahan yang tidak seberapa kerana Pakatan Rakyat bukan parti pemerintah.
"Mereka (BN) guna seluruh jentera kerajaan, kalau mereka menang dengan majoriti sedikit, ia tetap kemenangan yang memalukan," katanya.
PRK Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng, Robert Lau Hui Yew (BN) dan Narawi Haron (Bebas).
RAYUAN
Jika anda ingin membantu Pakatan Rakyat dalam kempen di Sibu hantarkan sumbangan anda ke akaun Maybank 562740051315 atas nama Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat.
 

No comments:

Post a Comment