TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, May 15, 2010

Pakatan Rakyat Desak BN Tarik Semula Lesen Judi Bola


Pakatan Rakyat hari ini meminta Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya mendesak kerajaan pemerintah supaya menarik balik kelulusan lesen judi bola sempena kejohanan Piala Dunia berikutan ia tidak pernah dibawa ke sidang Dewan Rakyat.
Mereka mahu mencabar semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang beragama Islam menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan lesen judi bola tanpa membahaskannya di Parlimen.
Ia berikutan keputusan Najib yang juga Menteri Kewangan tidak  ubah seperti menggalakkan  industri perjudian berlesen di negara yang diwar-warkan Umno sebagai sebuah negara Islam.
Lantaran itu, mereka sepakat mendesak kerajaan Umni Barisan Nasional supaya menarik  semula kelulusan lesen judi bola.
Lebih 1,000 orang baik beragama Islam mahupun bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola yang dilakukan kementerian kewangan pimpinan datuk seri najib razak di perkarangan masjid jamek kampung baru.
Dewan Pemuda PAS dan PKR juga akan menghantar memorandum kepada yang Dipertuan Agong bagi membantah kelulusan lesen judi bola ini dalam masa terdekat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata keputusan meluluskan lesen judi bola ini memberi impak negatif kepada rakyat berbilang agama mahupun peringkat umur.
 “Ini adalah satu perkara malang bagi Malaysia kerana sebelum ini negara kita telah dipenuhi judi. Pada tahun 2008 sahaja, RM2.7 bilion cukai telah dikutip ileh industri judi, bayangkanlah kalau kita lulus 30 peratus bermakna lebih daripada RM10 bilion duit rakyat akan dilaburkan dalam industri ini,” katanya.
Beliau bimbang golongan muda  yang rata-ratanya berminat dalam sukan bola sepak mungkin  terjebak dalam perjudian.
 “Kita sedia maklum bahawa judi adalah satu masalah keruntuhan agama, sosial, masalah rumah tangga dan masalah yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan juga masalah jenayah.
 “Lebih-lebih lagi orang miskin untuk lesen judi ini, jadi kami pihak pembangkang membankang lesen judi bola sepak ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin kesal kerana kerajaan pemerintah tidak membuat sebarang kajian dan mendapat pandangan rakyat, sebelum meluluskan lesen judi bola.
 “Kita minta semua rakyat Malaysia mencabar semua Ahli Parlimen BN dalam parlimen tanya Najib Razak apakah kerajaan ada mengkaji kelulusan lesen perjudian ini kepada orang-orang muda yang suka bola sepak?
“Adakah kerajaan sudah membuat kajian tentang perkara ini kepada orang Muda. Jadi kita cabar mereka mengkaji ini dan apakah kesannya kepada orang muda,” katanya.
Beliau menyifatkan tindakan Najib meluluskan lesen ini hanya membantu perkembangan perniagaan golongan ah long di negara ini.
Kata Khairul, rakyat akan terdedah kepada kezaliman ah long apabila gagal melangsaikan hutang yang terhasil akibat boros dan ketagihan tabiat berjudi.
“Kita cukup hairan kerana ia sangat bertentangan dengan model terbaru yang Najib war-warkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Bukan dengan cara berjudi, seharusnya dengan tindakan yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat bukan dengan cara berjudi.
 “Kedua, along-along akan suka dengan keputusan Najib Razak ini kenaan lesen judi bola ini, saya boleh beritahu wartawan-wartawan semua akan banyak lagi poster-poster along ditampal di Kuala Lumpur nanti. Rakyat akan meminjam kepada along untuk berjudi dan membuat pertaruhan dalam sukan bola sepak ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment