- PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.
- Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).
- Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .
- PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.
- Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.
- PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.
- Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.
- Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .
- Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.
- Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.
- Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib
- Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.
- Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.
- Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Wednesday, February 10, 2010
Sidang Media Pakatan Rakyat mengenai Ketetapan dan tindakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Feb 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment