Salam Sejahtera..
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Al Imran 139.
Itulah ayat Al Quran yang dibaca DS IR Nizar sebagai muqadimah ceramahnya malam tadi, yang mana sebelum itu beliau mengimami sembahyang magrib, kemudian beliau mengucapkan terima kasih keatas jemaah yang berada semalam, lalu DS IR menceritakan semula kisah kemalangan yang beliau alami d Ipoh awal bulan lalu. Sebelum ini aku aku ada buat satu posting, alhamdulillah, nampaknya apa yang aku jangkakan ada persamaannya dengan apa yang dicerita DS IR Nizar.
Sehingga kini beliau sendiri masih tertanya-tanya bagaimana ia dapat keluar dari kereta yang beliau pandu dalam keadaan terbalik, sedangkan keempat-empat pintunya terkunci dan badannya pula terikat dengan tali pinggang keledar. Cuma apa yang ia sempat sewaktu dalam keadaan ia memberek ialah lafaz ALLAH HUAKBAR.. iatulah kalimahnya.
Kemudian yang menghairankan ialah kenapa kejadian itu betul-betul dihadapan bangunan UMNO, kenapa tidak ditempat yang lain, dan lagi satu kenapa pada pagi itu ia boleh tergerak gatai tangan nak bawa sendiri, sebelum ini beliau sering dipandu oleh sahabat-sahabatnya, (Itu satu ungkapan yang cukup halus, DS tak ucapkan pemandunya)...
Kemudian bagaimana beliau diselamatkan oleh seorang lelaki Melayu yang berseluar pendek dan terus membawanya ke hospital, rupanya lelaki tersebut adalah seorang kontraktor yang sekarang ini menjadi mangsa kepada pemimpin UMNO.
Diceritakan juga bagaimana sambuan petugas hospital Bainun dari Pengarah sehingga ke tukang sapu kepada beliau, dan bagaimana seorang Dr Pakar sakit Puan pun sibuk datang jumpa beliau pada awal pagi sebelum ke wad sakit puan hanya nak bersalam dengan nya.
Kemudian mengenai kisahnya bersembahyang Jumaat di masjid hospital, dimana beliau dijemput menjadi imam sembahyang jumaat, yang mana telaj menjadi tohmahan blogger UMNO mengatakan sembahyang jumaat hari itu tidak sah, sebab DS menggunakan kerusi roda bersembahyang menjadi imam, sehinggalah beliau mencabar blogger UMNO membuktikan cerita tersebut dengan menunjukkan gambar jika benar, namun sehingga sekarang cabaran DS IR Nizar senyap begitu saja saja....
Akhir dari kisah kemalangan tersebut, banyak lagi ceritanya, tak perlulah aku nak sebut semua, semakin terserlah sikap rakus, tamak haloba dan segala kejahatan UMNO diceritakan oleh lelaki melayu yang menyelamatkan DS IR Nizar sewaktu kemalangan.
Bab kedua pulak ialah kes isu nama kalimah Allah yang dipermainkan oleh UMNO. Sebelum ini banyak orang melayu merasakan PAS atau UMNo satu parti melayu yang sama pada dasarnya, tetapi bila timbulnya isu kalimah Allah, dengan secara tidak langsung baru terbukti berbeza UMNo dengan PAS.
OK Kalimah Laa ila haa illa lah, adalah satu kalimah yang menafikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sedangkan UMNO dengan rasa bongkahnya melarang umat bukan Islam jangan menggunakan kalimah Allah, guna nama lain, jadi secara tidak langsung UMNO telah mengiktiraf tuhan lain selain Allah, bayangkan, secara tidak langsung ini telah syirik kepada Allah diatas perbuatan tersebut. Hangpa bayangkan, ustaz-ustaz tidak terperasaan dengan perkara tersebut, tau-tau DS IR Nizar yang bukan Ustaz mengemukankan masaalah itu. Banayak lagi isu mengenai kalimah Allah dihujahkan, dan nampak sangat betapa bangangnya UMNO...
Akhir sekali bab yang ketiga, mengenai isu MB negeri Perak, pada kebiasaannya kes-kes berkaitan negeri Perak sebelum ini, kalau keputusan berpihak kepada UMNO, habis sahaja hujah keputusan akan diberikan.
Tetapi kes ini tergantung sampai 3 bulan setengah, sewaktu permulaan dahulu, DS IR Nizar memohon 11 orang hakim, demi untuk keadilan, kerana 3 dari 5 orang hakim tersebut telah pun menghakimi kes situasi negeri Perak yang mana menyebelahi UMNO, tetapi tidak dilayan, minta 9 orang pun tak layan, minta 7, mahkamah berbincang, keptusan tak boleh juga, nak ke tak nak tetap 5 orang itu juga. Oleh kerana persediaan telah dibuat, sembahyang istikarah pun dah dilakukan, bincang-bingang, mereka teruskan juga.
Segala hujah dari peguam negara dan UMNO semuanya dapat dipatahkan oleh peguam DS IR Nizar iaitu Haji Sulaiman dan Philip Kho, sehingga selesai perbicaraan, hakim masing-masing tengok muka mereka sesama sendiri, sehinggalah Hakim Tan Sri Alauudin memberi tahu keputusan akan diberitahu pada satu masa yang aka ditetapkan.
Dalam masa 3 bulan itu, puas mereka talipon, dan sebagainyqa untuk mengetahui keputusan, sehinggalah keluar khabar angin mengatakan Nizar menang 4-1, sehinggalah 9 Feb lalu yang mana keputusan keluar 5-o.
DS IR Nizar mengandaikan umpama team boala Dunia German dengan Perancis, sama-sama kuat, kalau nak menang atau kalah pun cuma lebih satu mata sahaja, tetapi ini sampai 5 kosong, tentu mengejutkan. Dan inilah sebabnya sampai 3 bulan kes tergantung, rupanya UMNO memutihkan yang hitam keputusan tersebut buat mereka. Namun persoalan kes yang ia bawa diatas peruntukkan enakmen manakah Zambri dilantik menjadi MB sedangkan MB yang sah masih ada. Jawapan yang yang diberikan hakim ialah Sultan berkuasa melantik bila ada mana-mana wakli membawa usul undi tak percaya, tak kira dimana tempat, dan tidak semestinya di Dewan Undangan Negeri.
Jadi dengan ini jika sesuatu masa nanti, Tuan Guru Haji Hadi sendiri boleh membawa jika ada 30 ahli parlimen BN yang sedia menjadi ahli bebas dan nak menyokong PR berjumpa agung, maka dengan sendirinya Najib akan terpecat sebagai PM.
Kesan dari keputusan tersebut, rakyat yang tidak berpihak pun rasa terkejut, malah golongan UMNO sendiri rasa terkejut, termasuk Tengku Razalieh Hamzah, umpama 2 orang pelajar, seorang pelajar yang pandai setiap tahun dapat keputusan terbaik, namun seorang lagi tu, bodoh selalu terkebelakang, namun bila guru-gurunya banyak mambantu memberi jawapan pelajar lain kepada pelajar yang bodoh itu, sehingga pelajar yang bodoh itu melepasi tahap pelajar yang pandai sebelum ini, tentulah pelajar tersebut terkejut dan merasakan ia di permainkan.
Dengan keputusan penghakiman ini, sekarang kita boleh membayangkan kalau hak rakyat Perak seramai 2.4 juta dipermainkan oleh 5 orang hakim, jadi kita jangan terkejut nanti bagaimana hukuman yang sedia menanti ke atas DSAI diatas tuduhan lewat, walaupun tiada kes, diadakan juga kes kerana nak juga mereka mendakwanya.
Sehinggalah terjadi dalam sejarah perundangan negera seorang hakim telah digelar pembohong oleh Karpal Singh, itulah hebatnya negara Malaysia, Hakim Pembohong... kalau dah hakim pembohong apa maknanya lagi kita rakyat bawahan ini...
Apakah yang akan terjadi kepad aMalaysia, Hakim Lau Bee Lan yang mengadil kes Kalimah Allah dan akan mengadili kes status 3 orang ADUN yang melompat telah pun ditukarkan kepada mahakamah dagang, begitu juga dengan hakim Dato Abd Aziz yang memenangkan DS IR Nizar sebagai MB di mahkamah tinggi sebelum ini juga ditukarkan ke mahkamah dagang termasuk hakim yang memenangkan kes KOTA SEPUTIH untuk mengadakan PRK. Ketiga-tiga mereka ini telah dikenakan hukuman freeze, dibekukan di sini.
Manakala seorang bekas bendahari UMNO kelantan, Datuk Hamzah telah dilantik menjadi hakim mahkamah tinggi, dimana mengambil kes saman kerajaan mengenai PPSMI, bila dilihat adanya nama DS IR Nizar, terus ditangguhkan lagi kes tersebut ke bulan Mac nanti.
Kes ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain yang melompat, menurut cerita beliau dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 9 orang lagi ahli Parlimen melompat ke bebas, supaya BN mendapat undi 2/3 untuk mengubah beberapa perlembagaan. Jika ini berjaya Zahrain akan dilantik menjadi Menteri Penuh, 4 orang lagi Timbalan Menteri, $ orang lagi pengerusi GLS Nasional, seperti TNB, TM, POS dan lain-lain lagi, manakala seorang lagi sebagai Duta. Ini semuanya adalah janji daripa Najib sendiri, mana ada meneteri lain berani nak menjanjikan sedemikian.
Begitu juga ADUN-ADUN PR Perak, mereka juga setap masa diganggu oleh broker-broker UMNO supaya melompat dengan nilai berpuluh-puluh juta, tujuannya cuma satu, iaitu mengiktiraf apa yang mahkamah putuskan 5-0.
Itulah UMNO yang semakin terdesak sekarang ini, sebagai penutup DS IR Nizar menegaskan, walaupun kemenangan 5-0 itu dizinkan Allah, kalau Allah mahukan PR kembali memerintah Perak, tak ada masaalah, sebab 4-5 orang ADUN UMNO adalah kritikal, diabetes yang melebihi paras bahaya, dan bebagai lagi, jika di ambilnya 2 orang pun dah tentu PRK semula, tak ada helah lagi SPR, boleh kalau Allah nak melakukannya, namun hikmah sebenarnya, dengan keputusan sedemikian semakin terserlah betapa teruknya UMNO.
No comments:
Post a Comment