Keadaan rumah yang menyembah bumi tanpa belas ehsan dari pihak yang berkuasa Daerah Manjung, Inilah slogan " Rakyat didahulukan" yang sentiasa bermain dibibir pemimpin Barisan Nasional.
Dato' Ngeh, ADUN Sitiawan sedang menerima aduan mengenai tindakan meroboh tempat kediaman seorang nelayan pantai di Kampong Ban Joo Seng, Lumut.
Notis yang dikeluarkan Pentadbir Tanah Daerah Manjung mengarahkan penduduk terbabit untuk pindah dari tanah rizab sungai di Mukim Lumut berhampiran Desa Air Resort, Jalan Lumut tanpa memberi tempoh yang cukup untuk penduduk ini mencari tempat lain sebagai tempat berteduh untuk dirinya dan keluarganya.
Akhirnya penduduk ini makan nasi bungkus di bawah pokok yang masih ada. Tak tahulah nasib mereka selepas ini...anak kecil yang tak tahu apa erti kehidupan ini terpaksa berembun dan berpanas akibat kedurjanaan Barisan Nasional yang tidak memikirkan tentang rakyatnya.
Tanggal 23 Februari 2010 Encik Kaliapan yang tinggal di kediaman yang didirikannya, di rizab sungai Kampong Ban Joo Seng, Lumut sangat terharu apabila beliau pulang dari laut mencari ikan sebagai punca pendapatan telah dirobohkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah Manjung. Rumahnya dirobohkan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pihak Polis. Beliau yang mempunyai dua isteri dan 15 anak tinggal di rumah tersebut lebih 20 tahun, semata-mata memudahkan mereka untuk kelaut mencari ikan. "Tak tahulah apa sebabnya rumah ini dirobohkan" kata Kaliapan. Banyak lagi rumah-rumah berhampiran yang didirikan di Rizab Sungai tidak pula dirobohkan. Sikap double standard pihak berkuasa mengenai perkara ini menyedihkan keluarga ini. Sudahlah kehilangan tempat tinggal, tiada apa-apa bantuan oleh kerajaan, bagi membantu keluarga ini mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan sebuah rumah untuk mereka berteduh dan mencari rezeki.
Satu lagi lokasi ialah di tepi pantai Teluk Muruh, di mana empat buah rumah yang dijadikan stor menyimpan peralatan menangkap ikan juga dirobohkan. Mereka telah mengadu kepada Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rashidi Ibrahim, tetapi tiada apa-apa tindakan susulan membantu mereka. Mereka juga tidak berpuashati kerana, terdapat individu lain membina di tanah rizab sungai ditempat yang sama tetapi tidak dirobohkan. Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar dan ADUN Pangkor sepatutnya mengambil perhatian sewajarnya bukan duduk diam walaupun dia mengetahui perkara ini. Kepentingan rakyat marhaen perlu dibela, bukannya melakukan sesuatu untuk kepentingan pembangunan tetapi melupakan rakyat yang terhimpit.
No comments:
Post a Comment