TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, February 1, 2010

Kecurian Balak Di Gerik dilaporkan Kepada SPRM




 
Yb Drs Khalil Idham Lim dan beberapa ahli PAS menuju ke SPRM Perak untuk membuat aduan berkaitan curi balak di Grik petang tadi.


Yb Drs Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong bersama Yb Zainuddin ADUN Lubuk Merbau dan ahli Pas Di pintu masuk Pejabat SPRM Perak, Ipoh.


Yb Drs Khalil dan Yb Zainuddin sedang melaporkan kepada Pegawai SPRM di Ibu Pejabat SPRM Ipoh


Hasil balak negeri Perak pada 2008, dibawah Umno, sejurus sebelum diambil aleh oleh pentadbiran Pakatan Rakyat, hanya mencatat pendapatan sebanyak RM13 juta sahaja.

Tetapi, walaupun hanya dengan sisa yang tinggal tidak seberapa untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hasil balak negeri Perak dapat diraih sehingga meningkat secara mendadak kepada RM40 juta!

Dan apabila Umno merampas Perak dan kembali mentadbirnya, tiba-tiba sahaja anggaran bajet hasil balak turut merudum dan mencatatkan hanya RM17 juta sahaja bagi 2010!

Apa yang sebenarnya terjadi? Kini terbongkar rahsia yang menjadi teka teki rakyat negeri Perak.Kisah penyelewengan kuasa dan kecurian balak yang berleluasa dibawah pentadbiran Umno.


Kisah tersebut terbongkar apabila pihak Unit Amal Grik (gambar atas) mendedahkannya kepada Adun Titi Serong, YB Idham Lim.

Lalu petang tadi sekitar jam 4.00 petang, YB Idham Lim bersama beberapa ahli Perhubungan Negeri telah membuat aduan rasmi di pejabat SPRM cawangan Perak.


Berikut adalah laporan yang beliau serahkan kepada SPRM :


LAPORAN KECURIAN BALAK Dl GERIK KEPADA SPRM


Saya menerima satu maklumat mengenai kes kecurian kayu balak di Gerik, maka atas tanggung jawab sebagai seorang yang bermautatin di Perak dan dipilih oleh rakyat sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri Perak maka saya ingin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sebagai mana maklumat berikut:

Pihak Jabatan Hutan Negeri Perak telah menyita satu kawasan longgokan/simpanan kayu balak yang siap dipotong dan siap untuk diangut keluar. Saya telah melawat tempat tersebut dan mendapati sebanyak 24 longgokan kayu balak dengan kayu yang bernilai tinggi dengan anggaran kasar saya sebanyak lebih RM 1 Juta.

Lokasi longgokan tersebut terletak di batu 11 Jalan Gerik ke Kelantan (Jalan timur barat) dan terletak tidak berapa jauh dari Jalan utama tersebut.

Oleh itu saya beranggapan kawasan kayu balak yang dicuri adalah terletak tidak jauh dari kawasan longgokan kayu yang disita oleh Jabatan Hutan tersebut.

Saya telah melawat ke lokasi kayu balak yang disita oleh Jabatan Hutan Perak pada 24 Januari yang lepas bersama Unit amal Gerik dan Lenggong.

Menurut maklumat yang saya perolehi semua kenderaan pengangkut dan yang lain telah dirampas oleh Jabatan Hutan dan disimpan di Stor Jabatan Hutan di Sungai Siput. Terdapat saksi mata yang melihat kenderaan tersebut dikonvoi oleh pihak Jabatan Hutan menuju arah ke Kuala Kangsar.

Berdasarkan maklumat dan gambar yang saya lampirkan bersama laporan ini, maka saya dengan ini mendesak pihak SPRM :-

Satu siasatan yang menyeluruh mestilah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat unsur penyalahangunaan kuasa dan rasuah kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan urusan meluluskan kawasan balak di Negeri Perak sehingga Jabatan Hutan bertindak menyita kayu balak tersebut.

Saya mendesak supaya kes ini tidak disembunyikan dari pengetahuan umum kerana khazanah hutan di Perak adalah milik semua rakyat Perak.

Semua pihak yang terlibat mestilah dibawa kemuka pengadilan dan dihukum setimpal dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Siasatan juga mestilah meliputi pihak syarikat yang bertanggungjawab menebang hutan tersebut, pihak yang memiliki kenderaan yang disita, pekerja yang terlibat dan termasuklah jawatankuasa yang meluluskan kawasan Balak yang dipengerusikan olen MB Kudeta Perak.

Sekian laporan dari saya/Laporan pada 1 Februari 2010
YB. DRS. KHALILIDHAM LIM
ADUNTitiSerong

No comments:

Post a Comment