TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, February 12, 2010

Jauhkan Pemimpin Pakatan Rakyat Menjadi Katak.

Katak ni kerjanya seharian melompat ke sana melompat ke sini. Kut kut tak da nak melompat ialah musim hujan, sebab dikelilingnya penuh air. Budaya melompat ini dah mula menjadi-jadi kepada beberapa anggota pemimpin Pakatan Rakyat. Hari ini seorang lagi mengistiharkan dirinya menjadi Parti bebas menurut jejak langkah MP Pasir Mas, Jelapang, Changkat Jering dan Behrang. Kenapa budaya ini menjadi ikutan ?Tentunya bukan kerana prinsip perjuangan yang mereka pertahankan sebelum ini. Dari cerita-cerita yang didengar, mereka ini terpengaruh dengan tawaran kewangan yang luar biasa. Sebelum ini apalah ada pada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menabur bakti. Namun rakyat tetap menyanjungi mereka atas ketelusan dan mempertahankan prinsip. Namun setelah berada beberapa lama dalam Pakatan, mereka merasa berhak untuk menuntut hak dari yang berkuasa di kalangan mereka. Bila tak diberi, mulalah mereka menunjukkan taring untuk menguggut untuk meninggalkan perjuangan.Ini lah ujian dan bukti betapa bukan mudah untuk mengatakan kita adalah pejuang kebenaran dan keadilan. Rupa-rupanya ujian ini sangat berat yang boleh menyebabkan moral sebagai pemimpin lebur. Sebagai rakyat, politik ini sangat indah, kalau pemimpin itu ada kejujuran dalam melaksanakan amanah bertepatan dengan apa yang pernah ia janjikan kepada rakyat. Rakyat memerlukan kejujuran selain wang ringgit bagi melegakan kesempitan hidup sekian lama. Namun maruah tergadai sekelip mata akibat sifat terburu-buru untuk mengejar kemewahan. Musuh mencari cari kelemahan ini tanpa mengira apa sahaja keperluan yang dikehendaki. Mereka akan menyediakan sedulang hati nyamuk biarpun mustahil, asalkan impian menakluki jajahannya tercapai. Semoga Pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan menggadaikan maruahnya semata-mata mencari sedikit kesenangan. Ingatlah kepada generasi akan datang yang akan meludah-ludah kuburan kita yang mengkhianati perjuangan.Biarpun Katak Bebas tetapi ia tetap digelar katak.

No comments:

Post a Comment