Dari kiri : En.Hamidon(Pusat Khidmat; Ketua Penerangan PAS Lumut),PejuangMuda,Nur12 dan sdr. Ikmal yang menghadiri Konvensyen Blogger PAS Perak Di Bio Carrier, Parit Buntar
Ds Nizar Membentangkan kertas kerjanya
Dari Kiri; Sdr Asmadi (Anak Perak di Perantuan) An Nash Ar Rawi (Penulis tamu Perak Express), Yb Idham Lim, Hamidun, dan Sdr Khairul (IKAP).
Rosli mengucapkan tahniah kepada Wak alBanjari kerana terpilih sebagai Presiden Blogger PAS Perak 2010-2012
Pagi Sabtu 20 Feb 2010, seperti yang dirancang, saya dan Ikmal berangkat ke Parit Buntar untuk menghadiri Satu Konvensyen Blogger PAS Perak. Jauh jugalah perjalanan untuk ke sana dari Seri Manjung. Konvensyen ini diadakan di BIO CARRIER Sdn Bhd, berhampiran Pekan Parit Buntar.Tempatnya sangat Menarik dan selesa. Ianya sebuah kilang, tetapi dilengkapi dengan dewan sidang konvensyen, penginapan dan lobi tetamu. Pendek kata macam hotel 5 bintang tarafnya. Blogger Al Banjari telah menjadi penyelearas tempat bagi konvensyen kali ini. Konvensyen Blogger PAS Perak yang julung kali diadakan ini adalah merupakan himpunan ahli-ahli PAS Perak yang menjadi Blogger sebagai sumbangan kepada kemajuan parti.
Sempatlah saya menemui para blogger PAS yang sudah ada nama di arena maya ini seperti, Al Banjari, Al Hussein, Anak Sengat, Anak Mualaf, Ajijoi, Dr Arbain Abdul Wahab, Sisi Bukit, Intan Hijau, AnNash Ar Rawi, Batu Gajah Mari dan lain-lain yang tak dapat nak disebutkan nama mereka. Pertemuan ini dikira berjaya mencapai sasaran.
Semua para peserta mendaftar di kaunter pendaftaran dan disambut mesra oleh penganjur program. Oleh kerana para peserta datang di awal pagi dari pelbagai lokasi, penganjur menyediakan sedikit sarapan sebagai "Lapik Perut" menanti makan tengahari. Acara bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs Khalil Idham Lim yang juga blogger CINA ISLAM, seterusnya merasmikan Konvensyen tersebut.
Dalam ucapannya, Yb Idham menerangkan konvensyen ini adalah merupakan satu Program Penerangan PAS Perak bagi menyelaras aktiviti para blogger PAS dalam penyiaran maklumat, berita dan sebagainya dalam ertikata fikrah yang melambangkan PAS. Prinsip "Menerang bukan Menyerang" mestilah sentiasa diutamakan. Mendedahkan budaya dan akhlak yang baik adalah keperibadian PAS yang mestilah ditonjolkan. PAS dan UMNO dua parti yang berbeza yang perlu diterangkan kepada masyarakat. PAS adalah Parti Islam Se Malaysia yang boleh diterima oleh semua kaum berbanding UMNO hanya kepada perkauman sempit.
Konvensyen pagi itu sangat bertuah kerana YAB Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai idola rakyat dan menjadi tetamu khas. Beliau telah menyampaikan beberapa pesanan yang sangat tinggi nilainya untu para peserta.
Beliau berkata para blogger adalah "People Connector" yang sangat berperanan kepada masyarakat. Hasil dari idea seorang blogger boleh melahirkan beberapa orang blogger yang sama nilainya malah mungkin cambahan blogger yang dilahirkan lebih hebat. Janganlah hanya bergantung kepada idea orang lain sebagai "Copy Paste"untuk blog kita. Ianya ibarat sebagai posmen atau penghantar surat yang tak tahu isi kandungan surat yang dihantar. Sebagai ahli PAS kita kena lebih proaktif dalam berkarya. Mengambil contoh para blogger yang bukan ahli PAS, mantap ideanya yang boleh mempengaruhi masyarakat dalam berkarya. Mencari bahan untuk diisi dalam karya blog adalah penting umpamanya isu-isu terkini yang perlu ditangani oleh kita. Isu-isu seperti, Rasuah, Penyalahan guna kuasa, Rampasan kuasa dan sebagainya mestilah diketengahkan sebagai bahan untuk membuktikan UMNO BN bukan lah parti untuk s emua kaum. UMNO BN melakukan kerja-kerja jahat untuk mempengaruhi rakyat bagi menyokong mereka. Para blogger PAS mesti melakukan sesuatu yang terbaik. Siapakah diantara kita yang boleh memberitahu apa yang berlaku esuk??? Blogger PAS kena bertindak awal untuk mendapat pelbagai maklumat dengan apa cara sekali pun dalam lingkungan adab yang dibenarkan oleh syarak.
Dato' Seri Nizar juga mengulas mengenai laporan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan yang lalu, yang dibaca oleh Hakim Zakaria sebanyak 41 mukasurat selama 1 jam. Sampai hari ini tidak ada blogger atau mana-mana individu menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu untuk pengetahuan umum. Jika ianya difahami dalam bahasa melayu khususnya, sudah tentu rakyat faham dan semakin marah dengan keputusan itu. Demikianlah harapan Dato' Seri Nizar agar para blogger lebih ke hadapan dan mengulas sesuatu isu dengan baik dan bijak.
Turut membentangkan kertas kerja dalam konvensyen ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dr Khairuddin Malik yang bercakap dari skop pimpinan. Selain itu Saudara Anuar Hashim selaku Setiausaha akhbar Dato' Seri Nizar yang berpegalaman luas di bidang kewartawanan juga telah membentangkan teknik-teknik penulisan kepada para blogger bagi mencantikkan lagi karya mereka. Ucapan penutup disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain.
Dato' Seri Nizar telah diberi peluang melancarkan album nyanyian kumpulan Q Har " Pesanan Tok Guru" dan penyanyi utamanya telah mendendangkan lagunya dalam minus one.
HEBAT n 51, teruskan usaha.Selamat berblog.
ReplyDeletepas ni kita buat pulak kat Lumut...
ReplyDeleteWah HEBAT Blogers Lumut,, en.Midun
ReplyDelete