TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, February 23, 2010

Jawatan Kuasa tindakan Daerah(JKTD) menjaga kepentingan rakyat bukan kepentingan politik.

Oleh Hamidun Ahmad- Pernah Mewakili ADUN Pasir Panjang dalam JKTD Daerah Manjung.

JKTD ialah Jawatan Kuasa Tindakan Daerah yang terdiri dari Ketua-ketua jabatan kerajaan atau agensi yang berkaitan di daerah-daerah, termasuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen samada BN atau PR dalam daerah tersebut. JKTD mengadakan mesyuarat bulanannya di Pejabat Daerah masing-masing yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah tersebut , dimana skop perbincangan adalah berkaitan apa sahaja keperluan di daerah masing-masing yang terbengkalai untuk diambil tindakan segera hasil dari pandangan semua pihak. Inilah yang berlaku semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 10 bulan. Adalah mustahil Dato'Seri Dr Zambri Abdul Kadir menafikan tentang penyertaaan ahli-ahli Yang Berhormat dalam JKTD ini. Di Daerah Seri Manjung misalnya, memang sewaktu itu, ADUN Pangkor (BN), Pengkalan Baharu (BN) dan Ahli Parlimen Lumut (BN)  tidak pernah hadir dalam mesyuarat JKTD yang disediakan kerusi mereka.Kehadiran semua wakil rakyat ini sudah tentu memberi peluang yang baik kepada mereka berbincang dan bermesyuarat bersama kakitangan kerajaan atau ketua -ketua jabatan secara terbuka tanpa melihat apa pegangan politik mereka. Untuk itu adalah baik Barisan Nasional (BN) menjemput ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat untuk sama-sama berada dalam Mesyuarat Tindakan Daerah sewaktu mereka memerintah, demi kepentingan rakyat. Faktor kerjasama yang erat sudah tentu menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam tindakan melahirkan sesuatu kejayaan.Sikap keterbukaan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat perlu dicontohi oleh Barisan Nasional.
Kebenaran menggunakan kemudahan awam seperti Dewan Orang Ramai, Padang Permainan, Stadium atau apa sahaja fasiliti yang ada patut dipermudahkan demi kesejahteraan rakyat. Jauhkan dari politik sempit yang telah lama diamalkan oleh Barisan Nasional yang dibenci oleh rakyat.Amalkan kewarasan dalam tindakan. Rakyat terus memerhati.

1 comment:

  1. Tahniah berani kerana benar.Berani kerana Zambry pembohong besar!

    ReplyDelete