TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Sunday, July 4, 2010
Seronok Punya Hal........ Jerman 4 - Arjentina 0
Bercerita pasal seronok...macam2 jenis seronok boleh dikaitkan. Semalam jer....Peminat bola seronok bila pasukan yang handal seperti Argentina kalah teruk dengan pasulan Jerman 0-4. Argentina seperti mati akal dengan permainan semalam...Percubaan dibuat ke pintu gol Jerman...Tapi tak kesampaian. Malah Jerman pula yang lebih menyerlah. Pada saya mungkin permainan kali ini....Argentina tidak mahu memalukan jurulatihnya untuk telanjang di hadapan ribuan penonton kerana janjinya jika menang dalam perlawanan akhir belaiu akan telanjang bogel kata orang Perak; Bolen. Jadi para pemain pun terpaksalah berhempas pulas untuk cuba menggagalkan hajat jurulatihnya yang juga pemain tersohor D G Maradona. Kalau Madona yang bogel lain lah kedaannya.
Mengenai politik di Perak...Semalam sahaja sebuah cawangan UMNO di Bruas membubarkan cawangannya dan menyerahkan borang kemasukan ke dalam PAS. Ini senario baru , yang barangkali kebanyakan dari ahli UMNO sudah muak dengan kemelut yang melanda negeri Perak. Ada perkara-perkara atau tuntutan yang tidak dipenuhi oleh Zambri, Menteri Besar Mahkamah terhadap mereka yang telah lama berjuang dalam UMNO. Apa yang dilakukan oleh Zambri lebih kepada agenda politik. Politik Zambri lebih kepada melayan kehendak individu tertentu daripada menyakinkan rakyat mengenai kebolehannya mentadbir negeri. Walaupun telah diistiharkan menang di mahkamah rayuan dan persekutuan namun tidak nampak apa-apa perubahan ke atas negeri yang diperintahnya walaupun sudah menjangkau 2 tahun. Apalah lagi hendak ditunggu...rakyat kenalah memberitahu Zambry untuk kembalikan kepada rakyat dengan Membubarkan DUN Perak untuk rakyat membuat pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment