Satu sidang media baru saja selesai dibuat oleh Dato' Seri Nizar di Pejabatnya di Ipoh. Antara yang hadir bersama sidang tersebut ialah Adun Sitiawan Dato' Ngeh Koo Ham. Antara perkara yang dibangkitkan ialah berkenaan dengan pembangunan pantai Teluk Nipah.
1. Zambry diminta jelaskan mengapa zambry melanggar undang2 asal untuk pembangunan pantai Teluk Nipah.
2. Zambry juga diminta supaya prihatin terhadap alam sekitar dan kawasan pantai Teluk Nipah supaya keasliannya terus dipelihara jangan disebabkan KRONI zambry sanggup menggadaikan keaslian persisiran Pantai Teluk Nipah untuk membangunkan kedai2 kroninya.
3. Zambry diminta jelaskan pada rakyat projek yang telah melibatkan kemarahan rakyat di Pangkor atas pencemaran terhadap pantai teluk Nipah yang menjadi tarikan pelancong luar sebelum ini dan ia akan mennjejaskan kehadiran pelancong ke Pangkor serta pengunjung tidak dapat lagi merasai keindahan Pantai Teluk Nipah disebabkan pembinaan kedai kroni zambry yang dibina atas persisiran pantai.
No comments:
Post a Comment