Encik Mohd Razi Abdullah menerima sedikit sumbangan dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang disampaikan oleh Encik Hamidun Ahmad mewakili Dato' Seri Nizar.
Semua peralatan dan barangan kepunyaan keluarga encik Mohd Razi Abdullah hangus dijilat api.
Saki baki perabut dan katil yang dapat diselamatkan.
Al Quran ini juga tidak terbakar.
Komputer juga terbakar dan tidak boleh digunakan.
Pendawaian letrik musnah sama sekali.
Almari yang tinggal dan tidak dijilat api.
Kira-kira jam 9.00 pagi tadi, sebuah rumah teres kepunyaan encik Mohd Razi Abdulah dari Taman Keris, Pasir Panjang musnah dijilat api. Semasa kejadian, beliau dan isterinya tidak ada di rumah kerna telah ke tempat kerja di Ayer Tawar, Perak.Beliau yang bekerja di bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Manjung. Manakala isterinya bekerja di Sekolah Convent, Sitiawan, hanya dapat melihat sisa-sisa kebakaran setelah diberitahu oleh jiran-jiran mereka. Pasukan Bomba Sitiawan dapat mengawal dan memadam kebakaran dari merebak ke rumah lain. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan dipercayai dari lintar pintas. Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang telah mengunjungi mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga malang tersebut. Manakala Saudara CK Yong mewakili Dato' Ngeh turut hadir dan menyampaikan sumbangan. Untuk sementara waktu encik Mohd Razi ditempatkan dikuaters Majlis Perbandaran Manjung sehingga rumah beliau dibaiki.
No comments:
Post a Comment