TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, July 23, 2010

Dato' Seri Nizar menyampaikan kuliah di Taman Samudera Barat, seri Manjung.


Selasa 22 Julai 2010, Surau Taman Samudera Barat, Seri Manjung menerima kehadiran wakil rakyat mereka, Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, untuk menyampaikan kuliah maghribnya yang julung-julung kalinya diadakan di kawasan Taman Perumahan tersebut.

Dato' Seri Nizar yang kerap berada di Pasir Panjang, tidak melepaskan peluang untuk menemui rakyat dengan cara menyampaikan kuliah. Penduduk di sekitar kawasan ini gemar dengan cara kuliah yang disampaikan. Pendekatan yang dibawa oleh beliau memudahkan pendengar untuk memahami tentang satu-satu tajuk yang dibawanya. 
Walaupun ianya seorang ahli politik, beliau tetap memulakan ucapannya dengan membaca sepotong dua ayat al Quran atau hadis nabi Muhamad SAW. Ayat-ayat yang dibaca oleh beliau kemudiannya dihuraikan tafsirannya dan dikaitkan dengan kehidupan masa kini, sesuai dengan isu-isu yang berlaku kepada masyarakat hari ini.

Sebagai contoh; semalam beliau menghuraikan tentang tajuk Isra' wal Mikraj. Kisah bagaimana Rasullullah di Isra' dan dimikrajkan dari Mekah ke Palestin kemudian ke sidratul Muntaha. Mesej penting yang disampaikan Nabi Muhammad yang boleh diambil pengajaran ialah apabila nabi Muhammad di tegur oleh nabi Musa ketika beliau selesai menemui Allah untuk mengambil perintah Solat yang pada asalnya diperintahkan manusia untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Jika nabi Muhammad tidah mengendahkan teguran  nabi Musa sudah tentu manusia akan menjalankan solat sebanyak 50 waktu. Namun pengajaran...walaupun perintah itu betul namun atas teguran orang lain, beliau menerima pandangan Musa dan akhirnya kita hanya menunaikan solat 5 waktu sahaja. Dikaitkan dengan kita hari ini, kita juga perlu menerima teguran dari orang lain walaupun kita merasakan kita betul namun pandangan orang lain mungkin boleh menjadikan ianya lebih baik. 

Begitu jugalah berkaitan dengan pemerintahan, tugas kita mengur pemerintah yang sedia ada agar ianya lebih baik untuk kemaslahatan rakyat semua. Pemerintah kenalah menerima teguran yang diberi dan ianya merupakan satu kebaikan.

No comments:

Post a Comment