|
Peserta himpunan membantah Kilang besi Vale di Zon Pelancongan Teluk Rubiah |
|
|
Walaupun hujan bantahan tetap diadakan | | |
|
|
Mereka tidak setuju kilang besi Vale mendirikan kilangnya di Teluk Rubiah. |
Bantahan kilang besi di Teluk Rubiah oleh Syarikat Vale, Brazil diteruskan dalam suasana hujan lebat. Ia dihadiri oleh pencinta alam sekitar terdiri daripada kumpulan NGO tempatan dan ahli-ahli politik.Kehadiran mereka pada 31 Mac 2012 di pintu masuk syarikat Vale ini menyatakan ketidak sesuaiannya tempat ini dijadikan sebuah kilang besi terbesar dirantau ini. Rundingan demi rundingan dilakukan oleh Vale dengan kerajaan negeri Perak menjadikan ianya satu realiti untuk mereka bertapak di Teluk Rubiah. Kebimbangan orang ramai mengenai kesan alam sekitar khususnya terhadap penduduk di sekitar manjung menjadi topik dan bualan masyarakat di sini. Mahu tidak mahu , kerajaan negeri yang dipimpin oleh Dato' Zambry tetap meneruskannya walaupun dibantah oleh kebanyakan penduduk. Aktivis alam sekitar menyatakan kebimbangannya terhadap kesan alam sekitar apabila Vale memiliki tanah yang dulunya adalah berstatus Pelancongan. Kehadiran Vale ke sini mengubah kawasan ini sebagai zon industri berat di mana 20 buah kapal besar yang dipanggil "Vale Max" akan merapat ke dermaga yang akan didirikan di sini untuk tujuan memunggah "Iron Ore" setiap hari. LaluanTrafik menjadi sibuk, yang keberangkalian mengganggu para nelayan pantai yang memiliki bot kecil untuk melintasi "Vale Max" bagi tujuan mencari ikan untuk sara hidup mereka. Tumpahan minyak dari "Vale Max" mencemarkan lautan yang sebelum ini, indah dan cantik. Pantai Teluk Batik disebelahnya, yang menjadi tumpuan di hujung minggu untuk rakyat bersantai, terganggu dengan kewujudannya Vale. Dalam sidang DUN yang sedang berlangsung, topik ini menjadi hangat. Soal siapa yang meluluskan menjadi perbincangan. Kenapa di Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu sebagaimana yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang. Kita tidak membantah pembangunan tetapi biarlah sesuai dengan tempatnya. "Selamatkan Teluk Rubiah".
No comments:
Post a Comment