Oleh: Nizar Jamaludin
Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh
Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO
Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk
VALE di Teluk Rubiah.
Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR
menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia
adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah
mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga
projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.
Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan
tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya
kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri.
Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.
Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk
menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah.
Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya
menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi
menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka
sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.
Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan
daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan
dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat
EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu
tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan
Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan
pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:
• TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
• Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
• Jabatan Perikanan dan Marin
• Pejabat Tanah dan Galian
• Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan
terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian
Pelaburan, Pembangunan dan Industri.
Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut
dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort
Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang
dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga
mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai
institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada
beberapa pertanyaan.
Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah
dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan
kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak
tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan
pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk
mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang
luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu
melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan
dengan kebajikan rakyat.
Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul
atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE
bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah
Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara
kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak
mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan
penjelasan menyeluruh tentang hal ini.
Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh
VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh
bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh
mereka.
Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri
Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan
penukaran tanahnya.
Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO,
tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek
yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu
membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya
isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali
menjadi kerajaan.
Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai.
Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada
yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya
Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan
yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan
mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang
berikut:
1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE
Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.
Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas
untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula
demokrasi kepada negara kita.
No comments:
Post a Comment