Dato' Seri Nizar menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Media Perak |
Anggota keluarga Media Perak |
Gimik Pelancaran Media Perak oleh Dato' Seri Nizar |
MSK @ Mat Saman Kati dikerumuni oleh kekawannya di sesawang. |
6 April 2012 para blogger, "U" tuber, face booker, twitter, dan macam-macam jenis pemaya telah berada di Pollo2, Hotel Herittage Ipoh untuk menjayakan pelancaran "Media Perak" yang dilancarkan oleh Dato' Seri Nizar selaku Pengerusi Pakatan Rakyat negeri Perak. Tetamu yang lain turut hadir; Yb Sivakumar, Yb Wong Kah Woh, Bekas Pemaya; Saudari Siti Aishah Shaik Ismail yang dikenali dengan nama Sya Reformis juga hadir dan menyampaikan ucapan. Dalam nada sebaknya beliau menyatakan; dari rumah besar inilah ia nya dilahirkan menjadi Pemaya dan sekarang telah terlibat secara aktif menjadi Ketua Serikandi PKR. Dato' Seri Nizar dalam ucapannya menyatakan hasratnya untuk membantu Media Perak dari segi kewangan. Beliau juga bersedia mejadi Penulis Tamu dalam Media Perak bersama-sama Yb Sivakumar dan Wong Kah Woh. Pemaya-pemaya juga akan diberi peluang menjadi ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan jika Pakatan Rakyat kembali memerintah. Saingan pantas menandingi portal-portal atau blogger UMNO menyiarkan berita dan artikel mesti disahut sebagai satu cabaran. Malah Media Perak mestilah lebih baik dan pantas daripada itu. Kebolehan dan kepakaran yang ada dari ahli-ahli Media Perak mempercepatkan proses itu. Saudara Mat Saman Kati yang terlibat dalam dunia blogger Pemaya sejak beberapa tahun lagi telah diberi kepercayaan mengetuai Media Perak sebagai Ketua Penyelaras. Beliau yang menyampaikan ucapan alu-aluannya sangat-sangat berharap agar pihak Parti-parti politik khususnya Pakatan Rakyat dan pemaya dapat membantu Media Perak dalam apa sahaja keperluan bagi menjayakan impian dan harapan. Selamat Berjaya Media Perak. Semoga impian dan harapan tercapai. Majlis dihadiri kira-kira 50 orang peserta.
No comments:
Post a Comment