Salah satu "Banner" yang dipasang di negeri Perak ialah "AIR BERSIH PERCUMA" lebih 50,000 orang telah menerima faedah *(KHAS UNTUK PELANGGAN YANG BERKELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA SUBSIDI AIR) dengan berlatar belakangkan gambar Dato' Seri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang sedang memeluk seorang tua dan dalam gambar yang lain zambry juga sedang memeluk seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan keperihatinan nya sebagai Menteri Besar Perak kepada rakyatnya. Font tulisan PERCUMA dibesarkan manakala AIR BERSIH sedikit kecil saiznya dari perkataan PERCUMA. Manakala perkataan lebih 50,000 orang telah menerima faedah dan * (KHAS UNTUK PELANGGAN YANG BERKELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA SUBSIDI AIR) sangat kecil dan tidak dapat dilihat dari jarak jauh. Inilah taktik atau muslihat poltik Dr Zambry yang dipamirkan kepada rakyat yang menunjukkan dia membantu rakyat walaupun ada kelihatan unsur-unsur penipuan di situ. Kenapa disaat menjelang pilihanraya perkara ini dilakukan. Apakah ia hendak menyaingi kerajaan negeri Selangor yang telah memberi 20 meter padu air percuma kepada seluruh rakyatnya??? Sikap perihatin dan membantu rakyat sangat mulia. Namun janganlah berselindung disebalik iklan seperti ini. Rakyat Perak sangat faham dan barangkali sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang telah merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat secara kotor semata-mata untuk menikmati kebajikan sebagaimana tercatit dalam manifesto Pakatan Rakyat dan di realisasikan.
salam..knp meke tak add kan blog teman
ReplyDeletehttp://infosendiri.blogspot.com
he.he kembali memblog