TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, August 3, 2011

Dato' Seri Nizar melawat markas PAS Kampung Sitiawan dan sampaikan sumbangan di Sungai Wangi.

Ahli Jawatankuasa Pas Kampung Sitiawan bergambar dengan Dato' Seri Nizar didepan markas yang baru

Ds Nizar berbual mesra

Barangan dapur untuk sumbangan di Kampung Sungai Wangi

Ucapan yang penuh semangat

Markas PAS Kampung Sitiawan dalam proses pembinaan

Wakil rakyat turun padang melihat perkembangan

Mereka yang menerima sumbangan

Apalah yang melucukan....????

29 Julai 2011, Dato' Seri Mohamad Nizar telah pergi ke kampung Sitiawan di dalam kawasan DUN Pasir Panjang. Dalam lawatan singkat ini beliau dibawa melawat Markas PAS Kampung Sitiawan yang sedang dalam proses membaik pulih . Markas ini, yang sebelum ini sangat uzur telah dibaiki oleh ahli-ahli secara gotong royong dengan menggunakan wang yang diperolehi dari sumbangan orang ramai. Dengan adanya markas baru ini dapatlah ahli-ahli di Kampung Sitiawan menjalankan segala aktiviti-aktiviti mereka di sini. Inisiatif ahli-ahli jawatankuasa yang baru telah menampakkan perkembangan Kampung Sitiawan boleh ditembusi oleh PAS walaupun sebelum ini mereka yang kebanyakkannya adalah penyokong kuat UMNO.
Dalam acara yang lain, Dato' Seri juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin di Kampung Sungai Wangi. Seramai 41 penerima kaum India dan Melayu hadir dalam program yang diadakan di Markas PAS Kampung Sungai Wangi. Mereka menerima barangan keperluan dapur. Keperihatinan wakil rakyat mereka; Dato' Seri Nizar menjadi kebanggaan rakyat di DUN Pasir Panjang. Tema "Membangun Negara Berkebajikan sebagaimana tema muktamar PAS tahu ini memangnya telah direalisasikan.

No comments:

Post a Comment