TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, August 18, 2011

Rutin Dato' Seri Nizar di Bulan Ramadhan

Susunan bubur lambok yang telah siap diadakan.

Sumbangan ADUN Pasir Panjang dan PAS Kawasan Lumut

Sumbangan disampaikan kepada pesakit-pesakit di hospital Seri Manjung

Juga tidak lupa disampaikan kepada Kakitangan yang bertugas.

Petugas yang bersedia untuk bersama-sama bertemu dangan masyarakat

Bubur lambok juga diedarkan kepada pengunjung bazar ramadhan di sekitar Manjung

Yb Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan surau

Kaum Tionghua juga bertuah dapat menikmati bubur lambok

Bubur lambok untuk diedarkan

Iftar Jamaei amalan yang baik

Tazkirah Ramadhan

Jamaah di kalangan muslimat sedang mendengar kuliah Ds Nizar

Beruntungnya aku dapat Bubur lambok dari Yb Nizar

Membantu dan memimpin

Bantuan Fakir Miskin, anak-anak yatim, mualaf serta mereka yang kurang berkemampuan

Duit raya untuk anak-anak yatim di Pasir Panjang

Ada hamper ler pulak!!!
Sepanjang bulan Ramadhan, rutin ADUN Pasir Panjang YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin tetap diteruskan. Jadual lawatannya ke kampung-kampung dalam kawasan Pasir Panjang diteruskan dengan pelbagai aktiviti. Ianya dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang sentiasa beroperasi menghubungkan rakyat dengan wakil rakyat mereka. Dato' Seri Nizar yang sangat ceria dan mesra, mudah melemparkan senyuman menyenangkan hati penduduk di sekitar Seri Manjung dan kawasan Pasir Panjang bila mereka bersua dengan mereka
Beliau ke Bazar Ramadhan untuk mengunjungi rakyat yang berkunjung ke sini untuk membeli juadah berbuka  puasa. Kehadiran penduduk yang begitu ramai diambil kesempatan oleh Yang Berhormat untuk bertanya khabar. Di samping itu beliau sempat menyampaikan semangkuk bubur lambok kepada pengunjung. Bubur lambok ini disediakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Dewan Pemuda. Rata-rata pengunjung merasa sangat betuah kerana dapat ole-oleh dari Yang Berhormat kesayangan mereka. Selain dari pengunjung Bazar Ramadhan, bubur lambok ini juga diedarkan kepada pesakit-pesakit dan Staf di wad Hospital Seri Manjung.
Dato' Seri Nizar berbuka puasa dan menunaikan solat di surau dan masjid dalam kawasan Pasir Panjang dan menyampaikan tazkirahnya kepada ahli jamaah. Beliau juga akan bersama-sama penduduk dan mengimamkan solat taraweh.

No comments:

Post a Comment