TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Thursday, June 30, 2011
Baju berwarna kuning bersih di rampas di permis pembuatnya.
29 Jun 2011, Sejumlah lebih kurang seratus helai baju berwarna kuning bersih dirampas oleh pihak polis di kedai pembuat baju tersebut di Pekan Lumut. Tindakan pihak polis tersebut mengejutkan pemilik kedai kerana beliau yang tidak tahu menahu keadaan sebenar mengenai rampasan tersebut, terpingga-pingga bila diberitahu dan diugut bahawa memiliki baju berwarna kuning bersih adalah satu kesalahan.
Beliau terpaksa menanggung kerugian apabila mereka yang menempah baju tersebut menuntut wang deposit tempahannya. Oleh kerana beliau bimbang dengan kejadian tersebut dan khuatir lesen perniagaannya digantung, dia menyerahkan sahaja kesemua baju kuning bersih yang telah siap dijahit.
Kejadian ini seolah-olah satu kesalahan jenayah yang besar, pertama kali berlaku dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Para peniaga yang mencari rezeki seperti itu, terpaksa berhati-hati untuk menerima sebarang tempahan.
Dalam perkembangan yang lain; sebuah rumah di Kampar, Perak, diberitahu rumahnya digeledah sekumpulan yang dipercayai pasukan polis untuk mendapatkan baju kuning bersih. Pemilik rumah tersebut terkejut dengan kejadian tersebut. Tanpa sebarang pengenalan diri dan waran geledah, pasukan polis itu boleh melakukan penggeledahan semata-mata memenuhi tuntutan dan arahan pihak atasannya, dan kerana keperluan kerajaan yang memerintah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment