TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, August 14, 2011

Project Infak For Amal@PIFA menziarahi Pondok At Taalim, Seri Manjung

13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan, sekumpulan rombongan yang berteraskan kebajikan telah mengunjungi Seri Manjung untuk tujuan menyampaikan sumbangan Ramadhan. Kumpulan ini dinamakan Project Infak For Amal atau nama ringkasnya PIFA. Hajat untuk mereka menyampaikan secara terus segala sumbangan dan infak kepada yang selayaknya, direalisasikan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang mengatur beberapa program untuk mereka. kehadiran secara konvoi seramai 77 orang aktivis masyarakat ini ke Seri Manjung  sangat dihargai oleh penduduk. Mereka menyampaikan sumbangan kepada 40 orang miskin dan 15 anak-anak yatim di kawasan DUN Pasir Panjang yang diadakan di Surau al Khairiah, Kampung Permatang. Segala sumbangan disampaikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ADUN bagi kawasan Pasir Panjang. Di samping itu Konvoi PIFA ini juga dibawa ke Pondok Pengajian Hadis At Taalim. Di sini, mereka diberi penerangan mengenai perjalanan pengurusan dan pengajian pondok ini. Mereka juga menyampaikan sumbangan sempena ramadhan kepada warga pondok khususnya para pelajar yang menuntut di sini.  Semoga usaha baik PIFA di berkati dan dikira sebagai amal soleh.

No comments:

Post a Comment