TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, October 12, 2010

DIALOG BERSAMA PENGURUSAN TNB JANAKUASA MANJUNG untuk CADANGAN PROJEK PENAMBAHAN PENJANAAN

Oleh Otai Manjung

 

Ringkasan dari DIALOG BERSAMA PENGURUSAN TNB JANAKUASA MANJUNG untuk CADANGAN PROJEK PENAMBAHAN PENJANAAN (Utk Kapasiti Permintaan dan Pengurangan kejadian 'Black Out') :-


Pengacara Majlis En. Salihin mengalukan kehadiran, dgn diiringi bacaan doa oleh Tn Hj Daud Bin Johari (Imam Balai Islam Stesen Janakuasa).

Kata-kata aluan dan pembuka majlis oleh En. Suhaimi sbg Pengarah Projek Penambahan Janakuasa (bagi pihak Pengurus Stesen yg berada di KL utk urusan Haji) memberi taklimat, dan mengalu-alukan pandangan serta komen dari wakil-wakil jemputan. Secara umumnya menggambarkan keperluan Janakuasa dan berkenaan Janakuasa yang ada di Malaysia yg operasinya sangat 'ketat' dgn prosuder kawalan operasinya. Dan Janakuasa Manjung adalah yang terbesar di Malaysia. Manjung terpilih kerana antara faktornya perkembangan infrastruktur yg baik. (selanjut akan diterbitkan)

En. Shahrir (berbaju oren) sbg Ketua Komersial Cadangan Projek menerangkan selain status projek baru ini, mengapa projek ini perlu dilakukan untuk menampung permintaan atau keperluan pada masa ini dan akan datang di Semenanjung. Janakuasa yg sedia ada tidak dapat menampungnya, tambahan pula Projek bakun didapati tidak 'praktikal' dan kos tinggi untuk menyalurkan ke semenanjung yg memerlukan kabel sepanjang lebih kurang 900km ke persisiran pantai dan 700km di bawah tanah, maka tarif elektrik mgkin meningkat jika hanya bergantung kpd Bakun. Begitupun, TNB juga sedang menimbangkan dan ia dalam misi mereka utk menjana dgn sumber-sumber lain selain arang batu di masa hadapan yg boleh mengurangkan dari berlaku pencemaran alam sekitar seperti hidro (lokasi terhad & tidak mencukupi kapasitinya), tenaga nuklear (pembinaannya yang boleh mencecah 10 tahun), tenaga angin dsbgnya. Oleh itu, arang batu masih diperlukan dan projek terbaru ini lebih berteknologi tinggi dan Manjung satu-satunya penggunaan di Malaysia yang dapat mengurangkan penggunaan arang batu (maka pencemaran semakin dapat diatasi dgn sistem yg tinggi efisyennya).

En SHARIL dari anak syarikat TNB bahagian Alam Sekitar mewakili En. Shukri dari UTM (bekerjasama dgn pakar dr UTM, USM UKM dan konsultant persendirian), menerangkan impak alam sekitar dan mengambil perhatian permasalahan alam sekitar sekeliling plan dan pendudukan tempatan sekitarnya. Diakui juga kadang-kadang berlaku keadaan 'sakit' (default) terhadap kawalan mesin yang tidak dinafikan, dan 'immediately countermeasure' utk atasinya.


Kepujian buat pengurusan TNB Janakuasa Manjung kerana TERBUKA melakukan dialog serta menerima pandangan dan komplen dari Penduduk Tempatan PERTAMA KALInya. TNB 'noted' kesemua pandangan dan akan bertindak.

Kehadiran memberansangkan dari semua wakil pertubuhan NGO, Politik, Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang, wakil Nelayan, wakil Kg Dato Sri Kamaruddin, wakil ABIM Manjung, wakil Kg Permatang, wakil Biro Amal & Surau Al-Khairiah, wakil PKR Lumut merangkap Presiden Dindings India Association dan Bloggers.


Pendapat tidak menolak pembinaan penambahan Janakuasa, banyak berkisarkan PENJAGAAN ALAM SEKITAR yang memberi kesan kepada penduduk dan nelayan. TNB JM berjaya menjelaskan aktiviti kawalan 'tegas'nya dan ia termaktub dalam prosuder yg WAJIB dipatuhi. Jaminan 100% dgn penuh yakin ke atas kawalan ini dgn teknologi serta pantaun secara online oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) Putrajaya. Utk pengetahuan, TNB tidak mengkaji tapi melantik badan 'bebas' yg diiktiraf utk lakukan kajian setiap permasalahan dari komplen mana-mana pihak. Dan pihak TNB mengakui kadang-kadang berlaku 'kerosakan peralatan' namun ia masih dalam kawalan, dan menjelaskan TNB bertindak cepat walaupun terpaksa memberhentikan operasi, jadi tiada operasi yg dikatakan lebih giat pada waktu malam kerana ia sentiasa dipantau oleh DOE.


Beberapa cadangan untuk memberi kelebihan dan impak pembangunan agar dapat dinikmati oleh penduduk tempatan dan nelayan dgn 'kebajikan masyarakat' yang secara tidak langsung meningkatkan ekonomi dan aktiviti sosial yg lebih baik. Contoh cadangan seperti Badan Kemasyarakatan TNB JM dapat membantu anak-anak nelayan dan orang-orang kampung dgn pemberian biasiswa atau menaja anak2 ini utk mendapat pendidikan tinggi samada di UNITEN (milik TNB) dgn kontrak selepas 'graduate' wajib bekerja di TNB JM ini. Maka usaha ini juga dapat membantu spt cadangan seorang sahabat yang mana mahu pekerja asing dikurangkan secara berperingkat dan memberi keutamaan kpd penduduk tempatan.


Begitupun beberapa luahan tentang "jika dulu orang-orang kampung dgn mudah mendapat 'kupang' sekitar pantai sbg sumber makanan dan rezeki, kini sudah kehilangan habitatnya", dijawab oleh TNB JM di mana mereka juga 'terpaksa' atas arahan membeli pulau ini dgn nilai yg tinggi 'ketika itu', bgaimanapun mereka bersedia utk melakukan pemulihan samada menaja benih-benih hidupan laut dan sbgnya spt tuntutan penduduk.

Harapan adalah dari dialog ini, pihak TNB tidak hanya berkata atau hanya 'on paper' sahaja, namun wajib dilaksanakan dan mempratikkannya sbg menjaga alam sejagat. Penduduk mahukan ketelusan, kerana itu jaminan mereka untuk hidup lebih selesa dgn persekitaran tanpa dicemari.

(Selanjutnya akan dipaparkan dlm blog otai-manjung.blogspot.com dlm masa terdekat)
Terima Kasih En. Salihin yg menjemput kami untuk turut serta. Program yg baik untuk semua pihak. Harap ini bukan pertama kali dan terakhir.

*Misi menghalang pembinaan KILANG BESI di TELUK RUBIAH akan tetap berjalan walaupun jika ia beroperasi spt kawalan oleh TNB JM. Jangan korbankan Pusat Pelancongan dan Hutan terpelihara kepada Industri Bijih Besi. Kami tentang sekeras-kerasnya, Pindahkan Ia ke lokasi yg lebih sesuai. Pihak berkenaan harus terbuka spt TNB JM! Dengarlah rintihan penduduk tempatan dan nelayan terutamanya, jangan biarkan hati penduduk tempatan membara membakar kilang yg akan didirikan.

No comments:

Post a Comment