TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, March 23, 2013

4 Rumah Sederet Di Kg Spynie, Kayan terbakar

Pegawai Forensik Bomba bersama Dato' Seri Nizar di kawasan Kebakaran Kg Spynie, Kayan


Keadaan salah sebuah rumah yang terbakar
4 rumah sederet terbakar di Kg Spynie, Kayan

Salah seorang anak muda kampung Spynie menceritakan tentang kejadian kebakaran
Ketua Dewan Muslimat Pas; Puan Roha , hadir bersama Ketu HelWa Lumut menyantuni  keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Spynie, Kayan.

Dao' Seri Nizar Adun Pasir Panjang bersama timnya melawat kawasan kebakaran.

Dato' Seri Nizar menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa
19 Mac 2013, Kg Spynie, Kayan telah berlaku satu kebakaran melibatkan 4 buah rumah sederet yang dihuni 4 keluarga berbangsa India. Dato' Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang telah sempat menemui keluarga terbabit. Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Lumut, Puan Rohawati Abidin dan Ketua HelWA Puan Maziah Zulkefli menyantuni keluarga tersebut dengan membawa makanan tengahari. Kg Spynie, Kayan dihuni oleh kaum India yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kebun kelapa sawit. Semasa kejadian, penghuni terbabit tidak ada di rumah kerana telah pergi bekerja. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Kebakaran dapat dikawal dari terus merebak oleh pihak bomba Sitiawan walaupun pili bomba tidak terdapat di kawasan ini. Apapun, kerjasama oleh semua pihak dapat melegakan keluarga tersebut. Mereka ditempatkan sementara waktu di Dewan Orang Ramai Kg Spynie, Kayan dan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung.

No comments:

Post a Comment