TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, March 17, 2013

Balik dari Swisszerland semata-mata untuk mengundi secara biasa.

Hui Mei anak malaysia yang menetap di Swisszerland

Hui Mei gembira dapat bertemu Dato' Seri Nizar di Seri Manjung

15 Mac 2013 Hui Mei yang berasal dari Ayer Tawar Perak mengunjungi dan bertemu Dato' Seri Nizar, Adun Pasir Panjang, di pejabatnya di Seri Manjung. Beliau yang kini menetap di Swisszerland kerana berkahwin dengan warga Jerman kembali ke tanah air semata-mata untuk mengundi di pilihanraya umum yang ke 13 yang dia sendiri tidak tahu tarikh sebenarnya pilihanraya tersebut. Dia sangat sangsi dengan sistem undi pos yang diamalkan di Malaysia dan kembali ke Malaysia untuk mengundi secara biasa. Penerbangannya dari Swisszerland ke Malaysia dengan pembiayaan sendiri semata-mata tidak mahu melihat Barisan Nasional terus berkuasa dan memerintah Malaysia. Penyelewengan dan Korupsi yang terus dilakukan oleh Barisan Nasional mesti diubah dalam Pilihanraya ke 13 ini. Jika Barisan Nasional terus diberi peluang, dia sangat sangsi dengan nasib rakyat yang sering terpedaya dengan pimpinan Barisan Nasional di bawah Najib sebagai Perdana Menteri.

Surirumah warga Jerman ini adalah lulusan Master dalam Bidang Politik Antara Bangsa, pernah bertugas sebagai pegawai dalam TLDM membuat kajian yang mendalam berkaitan dengan politik Malaysia. Dia sangat berharap rakyat Malaysia mesti berubah kali ini. Dia sedia membantu pimpinan Pakatan Rakyat memberi pandangan untuk kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.

No comments:

Post a Comment