TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, April 10, 2013

Puan Hajjah Rohawati binti Abidin Calon Pas N51 Pasir Panjang.

Puan Hajjah Rohawati Abidin dicalonkan mewakili N51 Pasir Panjang
Calon2 yang diistiharkan mewakili PAS untuk untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.

9 April 2013, bertempat di Markas Pas Kg Permatang, Pasir Panjang, Seri Manjung telah diadakan Majlis Pengistiharan Calon mewakili Pas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Pengistiharan calon telah dibuat oleh Pesuruhjaya Pas negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.Majlis dihadiri oleh para penyokong parti di seluruh negeri Perak.

Bagi kerusi N51 Pasir Panjang, Puan Hajjah Rohawati binti Abidin telah dipilih menjadi calon menggantikan Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di N14 Changkat Jering. Puan Hajjah Rohawati Abidin graduan IT dari UITM adalah seorang usahawan yang berjaya merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas kawasan Lumut. Kita yakin, beliau mampu untuk memenangi kerusi ini dan dapat mewakili kaum wanita ke Dewan Undangan Negeri Perak. Suara Wanita diambil perhan harapan mereka perlu diambil perhatian kerana 50% dari pengundi di Pasir Panjang adalah terdiri dari kaum wanita.

Kita juga yakin, masalah rakyat di Pasir Panjang akan diteliti dan dibantu sebagai perkhidmatan mendekati rakyat tanpa diskrimanasi kaum dan etnik. Banyak perkara yang menjadi masalah rakyat di Pasir Panjang akan cuba dibantu agar kehidupan mereka tidak terpinggir dan kesusahan mereka akan cuba diatasi.


No comments:

Post a Comment