TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, March 17, 2013

Dato' Seri Nizar Berkunjung Pusat Komuniti Karavan @ PAKAR Manjung.


Pasar Komuniti dan karavan @PAKAR Manjung, terletak bersebelahan Pejabat Daerah Manjung.


Peniaga ni menjual sup special.

Camna perniagaan hari ini???

Apa kabor YB...kata pengunjung

Pengunjung gembira dapat bertemu wakil rakyat mereka di sini

Emm..sedap satay di sini turut disukai oleh keluarga ini dari Sungai Wangi, Sitiawan.
Salah seorang peniaga menunjukkan dapur barunya untuk memasak  Putu Perak.
15 Mac, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, ADUN  Pasir Panjang berkesempatan mengunjungi Pusat Komuniti dan Karavan @Pakar, Seri Manjung yang terletak bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Pusat komuniti dan Karavan @Pakar ini menempatkan para peniaga-peniaga kecil samada perniagaan jenis makanan, sayuran dan pelbagai jenis jualan yang dulunya dikenali dengan Pasar Tani. Perniagaan jualan sayur-sayuran, ikan dan  bahan makanan mentah beroperasi pada pagi ahad boleh didapati di sini. Apa pun perniagaan makanan dan minuman diadakan pada setiap hari khususnya disebelah petang. Pelbagai jenis menu dijual di sini untuk memenuhi selera pelanggan.

kunjungan Dato' Seri Nizar ke sini, mengembirakan para peniaga dan pengunjung yang berkesempatan menemui wakil rakyat mereka. Mereka dapat berbual-bual mengenai perniagaan mereka. Kepada pengunjung juga merasa gembira dapat bertemu Dato' Seri Nizar yang sangat mesra itu. Malah ada yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Mantan Menteri Besar Perak itu.

No comments:

Post a Comment