TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, March 27, 2012

ADUN PASIR PANJANG TURUN PADANG MENEMUI RAKYAT

Haji Nizar berbual-bual dengan penduduk Ladang Cashwood, Telaga Nenas untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka.

Rintihan penduduk estet perlu didengar dan diatasi

Menyampaikan sedikit sumbangan kepada salah seorang anak pekerja ladang yang tinggal di estet Division Satu, sungai Wangi mendapat 9A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Penduduk estet tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak pengurusan Sime Darby.

Penduduk ini juga menerima sumbangan dari YB.

Bergambar dengan penduduk estet di Ladang Cashwood, Telaga Nenas.
25 Mac 2012 Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang telah memenuhi lawatannya dengan menemui penduduk-penduduk kaum India di ladang Division Sungai Wangi dan Ladang Cashwood, Telaga Nenas. Lawatan singkat ini memberi peluang kepada Nizar untuk mengetahui lebih dekat lagi permasalahan yang dihadapi oleh penduduk. Masalah gaji minumum yang tidak mencukupi untuk menyara keluarga adalah perkara yang belum selesai, walaupun telah dibangkitkan beberapa kali dalam Dewan Rakyat.
Dato' Seri Nizar juga sempat menyampaikan sumbangan peribadinya kepada salah seorang anak pekerja ladang di Ladang Division Satu, Sungai Wangi kerana berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Kejayaannya ini sebagai motivasi kepada anak-anak pekerja ladang yang lain agar mencontohinya walaupun beliau tinggal di ladang tetapi masih dapat membuktikan kejayaan cemerlang. Beliau adalah pelajar Sek Men Kebangsaan Methodist, Ayer Tawar. Dalam masa yang sama, Dato Seri Nizar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk diladang tersebut kerana mata beliau telah menjadi buta akibat diserang penyakit. Keperihatinan Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang mengembirakan penduduk di situ.

No comments:

Post a Comment