|
Ahli-ahli KERABAT bergambar bersama Presidennya Lt Kol (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar. |
|
Antara mereka yang hadir dan mendaftar sebagai ahli KERABAT. |
|
Bertemu dan bersua muka dalam satu majlis KERABAT di PASTI Al Huda Taman Samudera |
|
Mendengar Penerangan dari Penceramah jemputan Presiden KERABAT dan ANAK. |
|
Menulis borang keahlian KERABAT |
|
Ahli-ahli Jawatan Kuasa KERABAT Perak dan kawasan Lumut bergambar bersama Presiden KERABAT | |
|
|
|
5 Disember 2011 (Ahad) bertempat di PASTI Al Huda, Taman Samudera, Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera kawasan Lumut atau nama singkatannya KERABAT telah mengadakan satu Program Hi Tea sebagai aktiviti mengumpulkan semua bekas anggota tentera yang menetap di kawasan ini. Majlis ini dihadiri oleh Presidennya Lt Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar. Turut hadir sebagai tetamu dalam majlis tersebut ialah Saudara Mazlan Aliman Presiden Anak-anak Peneroka Felda @ANAK. Kedua-dua mereka telah menyampaikan ucapan serta memberi penerangan berkaitan dengan aktitiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO ini. Antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh Haji Mohd Nazari selaku Presiden KERABAT ialah nasib bekas anggota tentera dari pelbagai perkhidmatan perlu dibela setelah mereka bersara. Kebanyakan anggota tentera yang telag bersara mengalami kesempitan hidup akibat pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menyara hidup. Ada antara mereka terpaksa berhempas pulas mencari pekerjaan untuk mencari pendapatan, malah lebih teruk kehidupan mereka setelah mereka bersara. Atas kesedaran itu, KERABAT adalah ruang yang terbaik untuk membela nasib mereka dan menerima segala pandangan untuk diambil perhatian. Dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 (PMAT 1973) yang diluluskan, setiap anggota tentera dan bekas anggota tentera layak untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian sebanyak 10 ekar, Sampai hari ini, apa yang dinyatakan oleh Perintah itu masih belum direalisasikan untuk dinikmati oleh semua bekas anggota tentera. Saudara Mazlan Aliman pula, selaku Presiden ANAK merangkap Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menyatakan; sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya dalam pilihanraya Umum ke 13, ahli-ahli KERABAT adalah antara mereka yang layak untuk dipertimbangan sebagai pemilik tanah Felda Plantation. Segala hasil tanah yang dibangunkan akan mampu merobah kehidupan bekas anggota tentera yang tidak terbela sebelum ini. Majlis Hi Tea ini, lebih 300 orang bekas anggota tentera yang berada di kawasan Lumut telah menyertai KERABAT dan mula memahami apa yang diperjuangkan oleh NGO ini.
No comments:
Post a Comment