TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Wednesday, December 14, 2011
Dato'Seri Nizar naik kapchai menemui rakyat di Pasir Panjang
Menjadi seorang wakil rakyat bukan sahaja berada di dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, atau sekadar berceramah di kampung-kampung memberi penerangan mengenai kemelut negara. Ianya lebih berperanan lagi dengan mendekati dan menjiwai kehidupan rakyat, dalam ertikata sentiasa turun padang. Inilah yang sering dilakukan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang. Walaupun beliau terpaksa menjaga dua tempat yang berbeza, namun beliau masih mampu membahagikan masanya menemui rakyat. Sikapnya yang ramah, mudah berbual, terlalu mesra, cukup menyenangkan hati sesiapa sahaja yang menemuinya samada di kawasan DUN Pasir Panjang dan di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Beliau yang cukup "humble" dengan rakyat tidak mementingkan sangat soal protokol. Jadual lawatannya dipenuhi dari awal pagi hingga ke larut malam. Tidak nampak langsung riak wajahnya tanda keletihan.
Semalam, 13 Disember 2011 (Selasa) Dato' Seri Nizar ke kawasan Pasir Panjang. Kali ini beliau berhajat menemui pesakit di Hospital Seri Manjung. Kebetulan ada beberapa orang pesakit yang berada di wad hospital tersebut terdiri dari pengundinya di Pasir Panjang. Beliau datang ke hospital Seri Manjung dengan menaiki motorsikal kapchai 65 CC jenis Honda yang cukup antik, dipinjamkan oleh bekas ahli UMNO. Sepanjang perjalanannya dari Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang ke hospital, banyaklah juga orang yang memerhatikan beliau menunggang matorsikal antik tersebut dan mengangkat tangan kepadanya.
Di wad hospital beliau menemui beberapa pesakit khususnya kencing manis yang kronik di wad 7. Berbual dan bertanya khabar dan kemudian membacakan doa agar pesakit ini sembuh sediakala. Pesakit merasa terlalu gembira dengan kehadiran wakil rakyat mereka.
Selepas berkunjung ke hospital beliau ke Kampung Teluk Pencalang, juga dalam kawasan Pasir Panjang berhampiran dengan tambatan bot bot kecil nelayan pantai yang kelaut mencari ikan. Di sini terdapat gerai-gerai menjual hasil hasil ikan yang baru di tangkap. Terdapat juga penjual buah durian yang menjual buah durian di tempat ini. Beliau juga sempat berbual-bual dengan para pengunjung yang kebanyakannya penduduk tempatan. Bila waktu maghrib tiba, Dato Seri Nizar menunaikan solat maghrib di Surau Pasir Pandak yang tidak jauh dari kawasan tersebut. Beliau diminta untuk menyampaikan kuliah maghrib di surau tersebut dengan tajuk tuntutan iman, tuntutan hijrah dan tuntutan jihad. Ucapan dan huraian ceramahnya sangat menarik dan para jamaah tidak berganjak mendengarnya sehingga selesai. Begitulah rutin harian Dato' seri Nizar sebagai wakil rakyat di kawasan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment