Penduduk Taman Raja Muda Musa Sitiawan telah mengadu di Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang mengenai kegiatan mencantas dahan-dahan pokok yang ada di sekitar padang kawasan perumahan tersebut. Pokok-pokok itu ditanam oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk memberi keredupan bagi melindungi rumah yag terdapat disitu dari bahang panas sewaktu matahari naik. Penduduk merasa kesal apabila dahan-dahan pokok ini dicantas tanpa mengambil kira rasa sayangkan keredupan pokok disitu yang sedikit sebanyak menyamankan penduduk. Menurut pegawai dari Majlis Perbandaran Manjung, pokok-pokok yang ada di situ terpaksa dicantas dan dibuang untuk mengelakkan dari ketinggian melampau. Namun begitu kenapa pula pokok-pokok ini dicantas setelah ianya menjadi tinggi dan tidak dikawal semasa diperingkat awal tumbuhnya pokok tersebut. Ini menunjukan sistem pemeliharaan pokok disitu tidak dikawal selia dengan baik dan bersesuian dengan pemeliharaan alam sekitar. Semoga pihak berwajib sentiasa peka dengan kepentingan penduduk serta penjagaan pokok untuk memberi suasana nyaman dan oksijen yang bersih dan keindahan persekitaran.
No comments:
Post a Comment