TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, March 29, 2011

Pemilik Kenderaan yang disenarai hitamkan oleh JPJ tidak dapat menghidupkan Cukai jalan walaupun kes Senarai hitam Kenderaan saman ekor ini telah ditangguhkan

Sidang Media berkaitan Saman Ekor dan senarai hitam kenderaan
 Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut sedang menunjukkan sepucuk surat  untuk dihantar kepada Pegawai JPJ agar pengadu diberi kebenaran untuk menghidupkan road taxnya walau pun kenderaannya di senarai hitamkan oleh JPJ.
 
Peguam Zamri Ibrahim sedang menyatakan sesuatu berkenaan dengan Saman Ekor menurut Peruntukan Undang-undang yang ada

29 Mac 2011
Seri Manjung

Ketua Lajnah Undang-Undang dan  Bantuan Guaman  Pas Kawasan Lumut, Saudara Zamri Ibrahim telah menerima beberapa aduan berkaitan Saman Ekor yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada 23 Mac 2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan, Abdul Rahim Bakri dalam kenyataannya di parlimen mengumumkan , kerajaan  telah menangguhkan tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai saman ekor sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan.

Alasan penangguhan Menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai sama ekor dibuat kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi  Kuching dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang v Director of JPJ negeri Sarawak .

Namun setelah lebih kurang satu minggu kenyataan Timbalan Menteri ini dibuat, pembaharuan cukai jalan masih tidak boleh dilakukan di pejabat JPJ oleh pemilik kenderaan kerana pegawai –pegawai JPJ masih belum menerima apa-apa arahan dari peringkat atasan atau menteri berkenaan. Malah apa yang dikesalkan sistem online JPJ dan PDRM masih menyukarkan pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tertunggak, tidak boleh menghidupkan cukai jalan.

Kelewatan tindakan pihak JPJ, PDRM dan menteri yang berkenaan mengenai perkara ini sangat dikesali , seolah-olah pihak yang berkenaan lebih mengutamakan keuntungan dari hasil saman ekor yang diperolehi melebihi kepentingan pengguna.

No comments:

Post a Comment