TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, March 30, 2011

Kos selenggara 2 kapal selam RM50 juta setahun

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap satu kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Febuari tahun lalu.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Januari tahun lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.

Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang sering kali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.

"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal ketenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia, jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar (negara)," katanya.

Beliau berkata pencapaian paling membanggakan dalam operasi kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter dan telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.

"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi kepada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya (kapal) bermasalah," katanya.

Abdul Latiff juga berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini. - BERNAMA

Premium tanah RM10 untuk pendidikan – PR Perak


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pakatan Rakyat Perak berjanji akan memberi kadar premium tanah secara nominal RM10 sehektar untuk tapak tanah yang diluluskan kepada institusi pendidikan sumbangan wang orang awam (Suwa) jika rakyat memberi mandat kepada mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Mohammad Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah agama, suwa dan Sekolah Tamil kerana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja jutaan ringgit.
Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, perkara itu berlaku apabila BN merampas kuasa di Perak mengenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit kepada tanah yang diluluskan kepada Suwa.
Sebagai contoh jelasnya, sekolah Suwa dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.
"Ini satu beban yang cukup berat berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut. Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika Pakatan Rakyat memerintah di negeri itu pada tahun 2008, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 1,012 hektar untuk sekolah Suwa dan 607 hektar untuk sekolah Tamil supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.
Turut bersama Nizar pada sidang media tersebut ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak

Harakahdaily   
 















IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Tuesday, March 29, 2011

Pemilik Kenderaan yang disenarai hitamkan oleh JPJ tidak dapat menghidupkan Cukai jalan walaupun kes Senarai hitam Kenderaan saman ekor ini telah ditangguhkan

Sidang Media berkaitan Saman Ekor dan senarai hitam kenderaan
 Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut sedang menunjukkan sepucuk surat  untuk dihantar kepada Pegawai JPJ agar pengadu diberi kebenaran untuk menghidupkan road taxnya walau pun kenderaannya di senarai hitamkan oleh JPJ.
 
Peguam Zamri Ibrahim sedang menyatakan sesuatu berkenaan dengan Saman Ekor menurut Peruntukan Undang-undang yang ada

29 Mac 2011
Seri Manjung

Ketua Lajnah Undang-Undang dan  Bantuan Guaman  Pas Kawasan Lumut, Saudara Zamri Ibrahim telah menerima beberapa aduan berkaitan Saman Ekor yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada 23 Mac 2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan, Abdul Rahim Bakri dalam kenyataannya di parlimen mengumumkan , kerajaan  telah menangguhkan tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai saman ekor sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan.

Alasan penangguhan Menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai sama ekor dibuat kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi  Kuching dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang v Director of JPJ negeri Sarawak .

Namun setelah lebih kurang satu minggu kenyataan Timbalan Menteri ini dibuat, pembaharuan cukai jalan masih tidak boleh dilakukan di pejabat JPJ oleh pemilik kenderaan kerana pegawai –pegawai JPJ masih belum menerima apa-apa arahan dari peringkat atasan atau menteri berkenaan. Malah apa yang dikesalkan sistem online JPJ dan PDRM masih menyukarkan pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tertunggak, tidak boleh menghidupkan cukai jalan.

Kelewatan tindakan pihak JPJ, PDRM dan menteri yang berkenaan mengenai perkara ini sangat dikesali , seolah-olah pihak yang berkenaan lebih mengutamakan keuntungan dari hasil saman ekor yang diperolehi melebihi kepentingan pengguna.

Monday, March 21, 2011

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah DUN Pasir Panjang pada 27 Mac 2011 (Ahad)

Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah bagi kawasan DUN Pasir Panjang. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 27 hb Mac 2011 (Ahad) mulai jam 8 pagi hingga 6 petang di Padang Pertanian Batu 9, Lekir. Yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh ler mengambil borang penyertaan di Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang beralamat; Blok O-10, Fasa 1C3, 32040 Seri Manjung dengan Yuran Pendaftaran RM 100.00 setiap pasukan. Sebarang pertanyaan berkenaan penyertaan boleh menghubungi; Sdr Nizar Majid : 019-5671102, Sdr Awis: 019-4989130, Sdr Hafiz Zakaria: 019-3566561. Perlawanan akan diadakan secara Liga mengikut kumpulan. Pemenang akan mendapat RM 700 untuk tempat pertama, RM 500 Tempat kedua, Rm 300 untuk Tempat Ketiga. Penyertaan adalah terhad.

Friday, March 18, 2011

Yb Idham Lim , wakil rakyat PAS dari Titi Serong menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin di Kg Teluk dan Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang.

Yb Drs Khalil Idham Lim @ Cina Islam@ Idham Care menyampaikan sumbangan kepada Bekas Imam  Masjid Telaga Nenas.
Mantan Imam Masjid Telaga Nenas menadah tangan berdoa kepada Allah tanda syukur di atas pemberian diberikan oleh wakil rakyat PAS, Yb Drs Khalil Idham Lim. Semoga Allah memberkati pemberian tersebut.

Yb Khalil Idham Lim dan pembantunya menziarahi dan mengunjungi keluarga miskin di Kg Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang.

Wargaemas dan Ibu tunggal ini tinggal dirumah usang ini, untuk meneruskan kehidupan dua beranak di Kg Telaga Nenas kawasan Pasir Panjang.
Yb Idham Lim dan isteri menyampaikan sumbangan daripada Idham Care tanda ingatan dan keperihatinan wakil rakyat PAS terhadap golongan yang memerlukan.
Terima kasih Yb kerana ingatan terhadap golongan susah dan dhaif.

Bergambar bersama penduduk Kg Teluk

16 Mac 2011(Rabu), Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim bersama isteri telah berada di Kg Teluk dan Telaga Nenas dalam kawasan Pasir Panjang untuk menyampaikan sedikit sumbangan Idham Care kepada penduduk miskin di kedua-dua kampung tersebut. Beliau dan isterinya menyampaikan sendiri sumbangan yang berupa barangan keperluan dapur dan sedikit wang kepada golongan miskin dan susah terus kepada penerima. Penerima yang ditemui menyatakan rasa syukur dan terimakasih kepada Allah kerana masih ada wakil rakyat PAS yang simpati dengan mereka. Semoga segala pemberian dan sumbangan mendapat berkat dam diredhai Allah. Sepuluh penerima dari kedua-dua kampung menerima sumbangan dari Yb Idham Lim dan isteri pada petang itu.



Ustaz Azhar Idrus di Surau MADAH Fasa 1A, Seri Manjung.

Ahli Jamaah surau MADAH sedang mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus

Melimpah keluar surau kerana terlalu ramai yang hadir

Muslimat juga tidak ketinggalan untuk mendengar kuliah ustaz diminati mereka.

Perhatian yang sungguh-sungguh dari jamaah.
 
Antara yang meminati Ust Azhar Idrus ialah YB Drs Khalil Idham Lim Adun Titi Serong pun turut hadir.
Bergambar bersama ahli jamaah surau MADAH.

16 Mac 2011 (Jumaat) sebagaimana dirancang dan dijadualkan, Ustaz Azhar Idrus yang sangat terkenal di Malaysia yang didatangkan khas dari negeri Trengganu telah sempat menyampaikan kuliah maghribnya di Surau MADAH, Seri Manjung. Kehadirannya ke Seri Manjung telah mengembirakan hati para peminatnya yang sentiasa melihat wajahnya dalam You Tube sahaja, kini dapat melihat wajahnya dari dekat atau secara live. Kuliahnya yang bersahaja dan penuh dengan kata-kata berseloroh menarik minat ramai orang yang hadir. Kehadiran malam tersebut dihadiri oleh lebih kurang tiga ribu orang dari daerah Manjung dan sekitarnya. Turut hadir YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan Pas Perak.

Tuesday, March 15, 2011

SAMAN EKOR TIDAK IKUT PERATURAN


Ketahuilah hak-hak pengguna di jalanraya ni. Rakyat perlu tahu hak mereka jika dpt saman ekor. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI Sila Lihat penjelasan YB Mahfuz Omar berkaitan isu tersebut:
KLIK SINI UNTUK SERTAI KOMUNITI FACEBOOK HAPUSKAN SAMAN EKOR

HAPUS SAMA EKOR - BANTU PR UNTUK KE PUTRAJAYA

Hari ini sempat menghadiri taklimat oleh KASE (kempen anti saman ekor).  Ini adalah kisah antara POLIS dengan JPJ.  Polis - Kementerian Dalam Negeri,  JPJ - Kementerian Pengangkutan.  Dua ini tidak ada kaitan tetapi bekerjasama untuk menekan rakyat.

Notis saman dikeluarkan oleh POLIS.  JPJ tukang kutip cukai jalan dan tiada ada kaitan dengan notis saman. Tetapi Polis telah menggunakan JPJ untuk menekan rakyat. Bila ramai orang yang tidak membayar saman maka JPJ digunakan.  Kalau nak roadtax 1 tahun maka kena selesaikan saman.  Nanti akan berlaku kalau nak apa sahaja perkhidmatan kerajaan maka kenalah diselasaikan bayaran saman.

Sekarang di perbadankan 2 syarikat oleh kroni Umno-BN.  2 syarikat itu ialah Beta Tegap dengan Commercial circle.  Dengan 2 syarikat ini maka saman diperbadankan. Satu syarikat mengesan kenderaan yang melanggar peraturan lalulintas, satu lagi syarikat mengeluarkan saman.  Inilah cara UMNO-BN mengkayakan kroni.  Saman pun UMNO guna untuk mengkayakan kroni.  Inilah kegilaan.  Bangkitlah wahai rakyat.  Tentangl;ah kezaliman.

160 disyaki terkena radiasi




TOKYO - Pihak berkuasa Jepun melaporkan, kadar radiasi didapati telah melepasi had yang dibenarkan di loji Fukushima Daiichi 1, 240 kilometer dari utara Tokyo kesan daripada gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut beberapa pegawai, penemuan tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan akan berlaku kebocoran radiasi dan kemungkinan berlaku kecairan teras loji nuklear.

Loji itu sebelum ini meletup menyebabkan asap menjulang tinggi ke udara sehingga mengakibatkan 45,000 penduduk dipindahkan kerana takut terkena ancaman radiasi.

Agensi Nuklear Jepun melaporkan bahawa bilangan orang yang terdedah akibat radiasi itu mungkin meningkat kepada 160 orang.

Sejumlah kakitangan perubatan melakukan ujian imbasan terhadap penduduk yang tinggal berhampiran dengan loji berkenaan bagi mengesan jika mereka terkena radiasi.

Para pekerja itu melakukan pakaian kalis radiasi semasa melakukan pemeriksaan ke atas penduduk.

Loji tersebut terletak berdekatan dengan pusat gempa yang berlaku kira-kira 130 kilometer dari Sendai pada kedalaman 24 kilometer dalam laut.

Arah tiupan angin kini menjadi tumpuan ahli-ahli meteorologi dan pihak berkuasa nuklear Jepun.

Menurut para pegawai meteorologi Jepun, arah angin itu kini bergerak ke laut selepas ia didapati bergerak ke arah kawasan penduduk pada Sabtu lalu.

Penentuan arah angin itu penting bagi mengetahui kemungkinan berlakunya kerosakan terhadap alam sekitar akibat radiasi yang bocor dari loji berkenaan.

Sementara itu, kekuatan gempa bumi itu dinaikkan menjadi 9.0 pada skala Richter berbanding 8.9 pada skala Richter yang diumumkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Agensi Meteorologi Jepun mengumumkan peningkatan kekuatan itu selepas ia menyatakan bahawa kekuatan gempa tersebut ialah 8.9 pada skala Richter. Gempa bumi itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.

Gempa bumi itu telah menyebabkan lebih 10,000 dikhuatiri orang terbunuh yang merupakan krisis kemanusiaan yang paling besar pernah berlaku di Jepun sejak Perang Dunia Kedua yang berlaku pada 1945.

kerabu bersuara

Monday, March 14, 2011

Tahnik@ belah mulut oleh Ds Nizar di perkarangan Hospital Seri Manjung.

Dato' Seri Nizar sedang meriba bayi yang baru seminggu dilahirkan.
Tahnik atau belah mulut bayi yang baru dilahirkan
Amalan tahnik ini patut menjadi amalan untuk umat Islam menyambut kelahiran anak.
Berdoa setelah selesai tahnik ke atas bayi

Dalam lawatan singkat Dato' Seri Nizar sabtu lalu, beliau sempat diminta oleh saudara Rizal bapa kepada seorang bayi, untuk melakukan tahnik atau belah mulut anaknya yang baru seminggu dilahirkan di perkarangan Hospital Seri Manjung. Amalan tahnik ini menjadi amalan umat Islam apabila  menerima kehadiran anak yang baru dilahirkan selain dari ibadat aqiqah.Tahnik ini sebaiknya dilakukan oleh mereka yang bertaraf ulama' atau bijak pandai Islam agar kelahirannya mendapat barakah serta kehidupan seterusnya mempunyai ciri-ciri atau ada naluri kehidupan ulamak. Kehadiran Dato' Seri Nizar ke Hospital Seri Manjung diambil kesempatan oleh saudara Rizal untuk melakukan tahnik@belah mulut keatas anak beliau yang baru seminggu dilahirkan. Dato' Seri Nizar sendiri memang sudah biasa melakukan tahnik apabila diminta berbuat demikian. Semoga anak ini mendapat keberkatan dan menjadi pejuang kebenaran bila dewasa nanti.

Dato' Seri Nizar dan Datin Seri Fatimah menghadiri kenduri kahwin sabtu di kawasan Pasir Panjang.

Bergambar bersama pasangan pengantin dan keluarga mereka.
Dato' Seri Nizar menyampaikan sedikit ucapan di majlis perkahwinan di Kampung Serdang.
Ucapan yang penuh semangat oleh Ds Nizar di pasangan pengantin.
Pasangan pengantin diarak masuk.
Bergambar bersama pasangan pengantin

Sabtu 12 Mac 2011, Dato' Seri Nizar  Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang telah diundang menghadiri 5 kenduri kahwin dalam kawasan Pasir Panjang. Turut diundang dan hadir ialah Datin Seri Fatimah Taat isteri beliau. Mereka sangat gembira kerana wakil rakyat mereka dapat hadir memenuhi undangan mereka.
Dato' Seri Nizar sempat menemui para tetamu yang hadir dalam majlis kenduri tersebut dan mereka mengambil kesempatan untuk bergambar dengan wakil rakyat mereka. Selain itu, Dato' Seri diminta untuk menyampaikan ucapan ringkas sebagai pesanan seorang wakil rakyat di kawasan DUN nya. Walaupun masanya terlalu pendek namun Dato' Seri sempat juga berbual dan beramah mesra dengan kenalan dan mereka yang mengenalinya. 

Sunday, March 13, 2011

Bob Lokman di Seri At Taalim, Seri Manjung






VIDEO CERAMAH KESENIAN BOB LOKMAN & RADZI MELISSA Di MANJUNG

04.03.2011, Dataran Madah Fasa 1A, Seri Manjung. Ceramah Ustaz Radzi Melissa. Sdr Bob Lokman & Ustaz Radzi Melissa berkongsi pengalaman dalam melaksanakan PERUBAHAN, pandangan dari seorang bekas selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sebelum ini. Dalam aturacara Malam Kesenian ini juga membawa masuk Ahli Pemuda & pe...lancaran Kelab Motorsikal, Alternative Racing Club (ARC).

Ceramah Radzi Melissa


Ceramah Bob Lokman

*Siri Program Di DUN DS Nizar anjuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Penuh dengan celoteh & kata-kata simbolik yang membalikkan maknanya.
Kini alunan Surah-surah Kalam Allah bermain di bibir.
Kemasukan Ahli Pemuda & Pelancaran 'Alternative Racing Club' (ARC).
Jenaka Namun Tegas.
PERUBAHAN dikongsikan bersama Para Hadirin.
Dulu Pentas, kini pun Pentas yang juga bersama peminatnya.
Dulu minat kerana seninya, kini bersama dalam wadah perjuangan.
Bersama Warga Pondok Hidayatullah, Tg. Kepah Batu 7, Lekir.
Bersama Penganjur & Tenaga Kerja Program.
Kenangan.

KEM MOTIVASI SRAR AT-TA'ALIM BERSAMA BOB LOKMAN

04.03.2011, Chalet Kg. Baru. Sempena program Sdr Bob Lokman bersama Ustaz Radzi Melissa di Manjung, dijemput memberi ucap semangat kepada pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Seri At-Ta'alim, Seri Manjung di Kem Motivasi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Gelagat cucu-cucu bersama 'atuk bob' yang merangsang mereka utk terus bersemangat dalam menimba ilmu.

Ucapan Motivasi dari Atuk Bob Lokman kepada Anak Cucu Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta'alim, Seri Manjung.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.

Ketenangan dalam Perjuangan.



Bersama Warga Kerja Kem Motivasi.