Salah satu "Banner" yang dipasang di negeri Perak ialah "AIR BERSIH PERCUMA" lebih 50,000 orang telah menerima faedah *(KHAS UNTUK PELANGGAN YANG BERKELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA SUBSIDI AIR) dengan berlatar belakangkan gambar Dato' Seri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang sedang memeluk seorang tua dan dalam gambar yang lain zambry juga sedang memeluk seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan keperihatinan nya sebagai Menteri Besar Perak kepada rakyatnya. Font tulisan PERCUMA dibesarkan manakala AIR BERSIH sedikit kecil saiznya dari perkataan PERCUMA. Manakala perkataan lebih 50,000 orang telah menerima faedah dan * (KHAS UNTUK PELANGGAN YANG BERKELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA SUBSIDI AIR) sangat kecil dan tidak dapat dilihat dari jarak jauh. Inilah taktik atau muslihat poltik Dr Zambry yang dipamirkan kepada rakyat yang menunjukkan dia membantu rakyat walaupun ada kelihatan unsur-unsur penipuan di situ. Kenapa disaat menjelang pilihanraya perkara ini dilakukan. Apakah ia hendak menyaingi kerajaan negeri Selangor yang telah memberi 20 meter padu air percuma kepada seluruh rakyatnya??? Sikap perihatin dan membantu rakyat sangat mulia. Namun janganlah berselindung disebalik iklan seperti ini. Rakyat Perak sangat faham dan barangkali sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang telah merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat secara kotor semata-mata untuk menikmati kebajikan sebagaimana tercatit dalam manifesto Pakatan Rakyat dan di realisasikan.
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Friday, March 30, 2012
Thursday, March 29, 2012
Sambutan 20 Tahun PASTI Lumut
Sempena Sambutan 20 tahun penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) bagi kawasan Lumut, pelbagai acara sukaneka, pameran, pertandingan mewarna akan diadakan di Padang Surau MADAH, Fasa 1A, seri Manjung pada 1 April 2012 (Ahad) mulai jam 8.00 pagi hingga ke malam. Acara kemuncak sambutan ialah Forum Perdana yang akan membariskan ahli panel terdiri daripada Adun Pasir Panjang Dato' seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, Sdr Zambri Ibrahim Peguam PAS Perak dan Puan Rohawati Abidin dari Dewan Muslimat PAS kawasan Lumut. Tajuk Forum ialah Persiapan Pakatan Rakyat PRU 13. Anak-Anak PASTI dan ibu bapa dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini.
Tuesday, March 27, 2012
PAS CAWANGAN FASA 2 MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN SAUDARA BARU
Dato' Seri Nizar menyampaikan ucapan |
Dato' Ngeh Koo Ham |
Beras untuk disampaikan kepada penerima |
Majlis" Belah Mulut" atau Tahnik |
Memasukkan manisan atau madu ke mulut bayi yang baru lahir dan diperhatikan oleh YB Dato' Ngeh, ADUN Sitiawan. |
Penyampaian Sumbangan oleh Ds Nizar, ADUN Pasir Panjang diiringi oleh YDP Pas Kawasan Lumut dan diperhatikan Dato' Ngeh. |
Warga Miskin dan saudara baru yang diingati. |
Dato' Ngeh, ADUN Sitiawan juga diberi peluang menyampaikan sumbangan |
Penerima sumbangan yang hadir. |
Haji Nizar Menjadi tetamu di Majlis Perkahwinan Ketua Pemuda PAS Kawasan Lumut
Hj Nizar bergambar bersam pasangan pengantin dan keluarga |
Berbual-bual dgn Dato Ngeh yang turut hadir. |
Dato' Ngeh dan DAP Lumut |
Menyampai ucapan di majlis tersebut |
ADUN PASIR PANJANG TURUN PADANG MENEMUI RAKYAT
Haji Nizar berbual-bual dengan penduduk Ladang Cashwood, Telaga Nenas untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi mereka. |
Rintihan penduduk estet perlu didengar dan diatasi |
Menyampaikan sedikit sumbangan kepada salah seorang anak pekerja ladang yang tinggal di estet Division Satu, sungai Wangi mendapat 9A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. |
Penduduk estet tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak pengurusan Sime Darby. |
Penduduk ini juga menerima sumbangan dari YB. |
Bergambar dengan penduduk estet di Ladang Cashwood, Telaga Nenas. |
Dato' Seri Nizar juga sempat menyampaikan sumbangan peribadinya kepada salah seorang anak pekerja ladang di Ladang Division Satu, Sungai Wangi kerana berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Kejayaannya ini sebagai motivasi kepada anak-anak pekerja ladang yang lain agar mencontohinya walaupun beliau tinggal di ladang tetapi masih dapat membuktikan kejayaan cemerlang. Beliau adalah pelajar Sek Men Kebangsaan Methodist, Ayer Tawar. Dalam masa yang sama, Dato Seri Nizar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk diladang tersebut kerana mata beliau telah menjadi buta akibat diserang penyakit. Keperihatinan Dato' Seri Nizar selaku ADUN Pasir Panjang mengembirakan penduduk di situ.
Himpunan Teluk Rubiah Pada 31 Mac 2012
Semua yang cintakan alam sekitar dari tercemar dan sayangkan zon pelancongan dinodai menjadi zon industri dijemput hadir menandakan bantahan rakyat terhadap penyelewengan pihak tertentu menyerahkan tanah teluk rubiah ini kepada negara asing walaupun atas alasan usaha pembangunan. Penjajahan bentuk baru mestilah dihentikan. kembalikan suasana dan keindahan pantai ini menjadi zon pelancongan untuk rakyat bersantai setelah bekerja sepanjang hari. Kehadiran rakyat yang peka dengan keamanan sangat-sangat dialukan tanpa mengira etnik dan bangsa. Kami cintakan kedamaian dan alam sekitar yang tidak tercemar.
Subscribe to:
Posts (Atom)