TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, January 19, 2012

Aktivis dan Pencinta Alam Sekitar mengikut taklimat Penerangan berkaitan Kesan Alam Sekitar Projek Vale di Teluk Rubiah.

Aktivis dan Pencinta Alam Sekitar Lumut
keadaan Tapak Teluk Rubiah sekarang

Para Peserta sedang mendengar taklimat Penerangan

Iklan "Asal Bukan UMNO" @ABU;  kita akan suarakan perasaan rakyat


Beberapa aktivis masyarakat yang cintakan alam sekitar dari dirosakkan, telah mengikuti taklimat penerangan berkaitan Kesan Alam Sekitar ke atas  Projek Kilang Besi Vale di Zon Pelancongan Teluk Rubiah. Taklimat Penerangan ini disampaikan oleh Presiden Persatuan Alam Sekitar Perak Syed Abd Rahman Syed Ali dan Saudara Mohd Saman Kati seorang aktivis. Peserta telah ditayangkan dengan tayangan Kronologi bagaimana Projek Kilang Besi kepunyaan syarikat Vale yang terkemuka di Brazil ini dijayakan.

Hakmilik tanah persendirian ini telah dibeli 100% oleh Vale sebuah syarikat besar dan terkemuka dari Brazil dengan nilai berbilion ringgit untuk memindahkan bijih besi dari Brazil ke kawasan Asia yang pada mulanya mereka bercadang untuk bertapak di negeri China tetapi kerajaan di sana membantah penaklukan atau penjajahan baru ini. Oleh kerana itu, mereka telah memilih dan membeli tanah milik persendirian di Zon Pelancongan Teluk Rubiah dengan persetujuan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor.

Walaupun di peringkat awal projek ini hendak dilaksanakan telah dibantah oleh penduduk tempatan, NGO dan aktivis Alam Sekitar, namun seluk beluk mempengaruhi penduduk tempatan dan mereka yang perihatin oleh pihak yang berwajib telah mengubah persepsi penduduk untuk akur dengan keputusan mengizinkan zon pelancongan ini ditukar statusnya kepada zon indusri.

Vale mengatakan tiada penerokaan hutan di bukit yang berhampiran, tiada proses penghabaan atau pembuatan  kilang besi di proses di sini.  tiada penggondolan bukit di Buffer Zone. Kini telah kelihatan Vale memungkiri janjinya dengan terdapat penggondolan  bukit bila dilihat dari udara. Mana janji mereka???? Inilah diperumpamakan bila Belanda dapat tanah. Kini Vale dari Brazil pula melakukan seperti Belanda yang bertapak di Bumi Melaka satu ketika dahulu.

Kalau diperingkat permulaan lagi mereka telah memungkiri janji-janji mereka, mana mungkin di hujung perjalanan projek ini mereka akan menuruti janji-janji yang dikatakan sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, sebuah jeti akan dibina di kawasan ini untuk membenarkan 20 buah kapal besar yang akan masuk ke Dermaga setiap hari untuk memunggah muatan bijih besi yang dibawa dari Brazil ke sini. Laluan laut di kawasan ini menjadi sibuk. Ini tidak termasuk kapal kapal kecil yang keluar masuk yang mengambil bijih besi ini dari negara-negara Asia. Paling membimbangkan, para nelayan tempatan yang menggunakan laluan ini untuk mencari ikan akan terjejas mata pencarian mereka. Pencemaran minyak disel dan minyak injin pasti akan berlaku yang akan memusnahkan hidupan ikan dilaut dan para pelancong untuk bersantai di Pantai Teluk Batik  yang tidak jauh  dari kawasan ini.

Zambry Kadir sebagai Menteri Besar dan ADUN Pangkor membisu sahaja tanpa ada apa-apa komen setelah beliau membenarkan dan meluluskan kawasan ini dijadikan zon industri walau pun sebelum ini diketahui kawasan ini diketahui  satu kawasan yang sangat cantik pantainya dan sesuai untuk tujuan mandi manda dan bersantai oleh para pengunjung. Inilah gelojohnya pemimpin dalam meluluskan  projek tanpa mengira kesannya terhadap Alam Sekitar dan kepentingan rakyat. Semoga rakyat yang memendam perasaan mengenai projek ini akan memprotes kerajaan Barisan Nasional melalui PRU ke 13 nanti. Sayangilah Alam Sekitar.

No comments:

Post a Comment