TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, December 14, 2011

Dato'Seri Nizar naik kapchai menemui rakyat di Pasir Panjang
















Menjadi seorang wakil rakyat bukan sahaja berada di dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, atau sekadar berceramah di kampung-kampung memberi penerangan mengenai kemelut negara. Ianya lebih berperanan lagi dengan mendekati dan menjiwai kehidupan rakyat, dalam ertikata sentiasa turun padang. Inilah yang sering dilakukan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang. Walaupun beliau terpaksa  menjaga dua tempat yang berbeza, namun beliau masih mampu membahagikan masanya menemui rakyat. Sikapnya yang ramah, mudah berbual, terlalu mesra, cukup menyenangkan hati sesiapa sahaja yang menemuinya samada di kawasan DUN Pasir Panjang dan di kawasan  Parlimen Bukit Gantang. Beliau yang cukup "humble" dengan rakyat tidak mementingkan sangat soal protokol. Jadual lawatannya dipenuhi dari awal pagi hingga ke larut malam. Tidak nampak langsung riak wajahnya tanda keletihan.
Semalam, 13 Disember 2011 (Selasa) Dato' Seri Nizar ke kawasan Pasir Panjang. Kali ini beliau berhajat menemui pesakit di Hospital Seri Manjung. Kebetulan ada beberapa orang pesakit yang berada di wad hospital tersebut terdiri dari pengundinya di Pasir Panjang. Beliau datang ke hospital Seri Manjung dengan menaiki motorsikal kapchai 65 CC jenis Honda yang cukup antik, dipinjamkan oleh bekas ahli UMNO. Sepanjang perjalanannya dari Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang ke hospital, banyaklah juga orang yang memerhatikan beliau menunggang matorsikal antik tersebut dan mengangkat tangan kepadanya.
Di wad hospital beliau menemui beberapa pesakit khususnya kencing manis yang kronik di wad 7. Berbual dan bertanya khabar dan kemudian membacakan doa agar pesakit ini sembuh sediakala. Pesakit merasa terlalu gembira dengan kehadiran wakil rakyat mereka.
Selepas berkunjung ke hospital beliau ke Kampung Teluk Pencalang, juga dalam kawasan Pasir Panjang berhampiran dengan tambatan bot bot kecil nelayan pantai yang kelaut mencari ikan. Di sini terdapat gerai-gerai menjual hasil hasil ikan yang baru di tangkap. Terdapat juga penjual buah durian yang menjual buah durian di tempat ini. Beliau juga sempat berbual-bual dengan para pengunjung yang kebanyakannya penduduk tempatan. Bila waktu maghrib tiba, Dato Seri Nizar menunaikan solat maghrib di Surau Pasir Pandak yang tidak jauh dari kawasan tersebut. Beliau diminta untuk menyampaikan kuliah maghrib di surau tersebut dengan tajuk tuntutan iman, tuntutan hijrah dan tuntutan jihad. Ucapan dan huraian ceramahnya sangat menarik dan para jamaah tidak berganjak mendengarnya sehingga selesai. Begitulah rutin harian Dato' seri Nizar sebagai wakil rakyat di kawasan ini.

Tuesday, December 6, 2011

Aiman Athirah dan Cikgu Normala Sudirman berada di Pasir Panjang, Lumut

AJK Dewan Muslimat .dan  Nisa' Pas kawasan Lumut bergambar bersama-sama Aiman Athirah Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat  dan Cikgu Normala Sudirman AJK  DMPP selepas Program Tautan Hati Nisa' yang diadakan di Masjid Al Ehsan, Taman Samudera, Seri Manjung.

Aiman Athirah menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan di Kampung Tersusun Kayan.

Barangan keperluan dapur sumbangan Dewan Pemuda dan Muslimat untuk penduduk yang memerlukan di Kg Kayan, Pasir Panjang

Hujan yang berlarutan di kawasan Pasir Panjang kebelakangan ini menyebabkan permukaan tanah berlumpur.


Dewan Muslimat PAS kawasan Lumut mengunjungi mereka yang dhaif

Cik gu Normala Sudirman bersama penduduk Kayan

Majlis diatur oleh Pak Mat selaku bekas Tok Sidang Pakatan Rakyat Kg Kayan.

Cikgu Normala Sudirman menyampaikan sepatah dua kata

Ketua DMP kawasan Lumut Puan Rohawati menyampaikan sumbangan

Sumbangan tanda kasih PAS kepada penduduk di Kg Kayan dalam kawasan Pasir Panjang

Walaupun sedikit kita tetap mengingati pada mereka yang memerlukan

Kemesraan terjalin

Terimalah kak
5 Dis 2011,Ketua Penerangan dan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengunjungi Kawasan Lumut. Dalam kunjungan dan lawatan sehari mereka, Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut telah mengatur beberapa program untuk di manafaatkan. Pada sebelah pagi kedua-dua tetamu ini telah menyampaikan ucapan dan penerangan dalam Program Tautan Hati anjuran Nisa' kawasan Lumut di Masjid Al Ehsan Taman Samudera, Seri Manjung. Para peserta terdiri daripada para remaja wanita di sekitar Seri Manjung. Program ini merupakan program ceramah motivasi untuk para remaja wanita. Kira-kira 70 remaja menyertai program ini.
Pada sebelah petangnya Aiman Athirah dan cikgu Mala dibawa ke Kg Kayan untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Kira-kira 20 orang penerima, menerima sumbangan dari kedua-dua pimpinan Muslimat ini dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut.Disebelah malamnya, kedua dua mereka bersama Mel Wings telah mengadakan ceramah diadakan di Batu 12, Lekir.

Kepada yang menjayakan semua program ini diucapkan terima kasih

Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera@ Kerabat kawasan Lumut mengadakan program Hi Tea.

Ahli-ahli KERABAT bergambar bersama Presidennya Lt Kol (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar.

Antara mereka yang hadir dan mendaftar sebagai ahli KERABAT.

Bertemu dan bersua muka dalam satu majlis KERABAT di PASTI Al Huda Taman Samudera

Mendengar Penerangan dari Penceramah jemputan Presiden KERABAT dan ANAK.

Menulis borang keahlian KERABAT



Ahli-ahli Jawatan Kuasa KERABAT Perak dan kawasan Lumut bergambar bersama Presiden KERABAT 


5 Disember 2011 (Ahad) bertempat di PASTI Al Huda, Taman Samudera, Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera kawasan Lumut atau nama singkatannya KERABAT telah mengadakan satu Program Hi Tea sebagai aktiviti mengumpulkan semua bekas anggota tentera yang menetap di kawasan ini. Majlis ini dihadiri oleh Presidennya Lt Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar. Turut hadir sebagai tetamu dalam majlis tersebut ialah Saudara Mazlan Aliman Presiden Anak-anak Peneroka Felda @ANAK. Kedua-dua mereka telah menyampaikan ucapan serta memberi penerangan berkaitan dengan aktitiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO ini. Antara intipati ucapan yang telah disampaikan oleh Haji Mohd Nazari selaku Presiden KERABAT  ialah nasib bekas anggota tentera dari pelbagai perkhidmatan perlu dibela setelah mereka bersara. Kebanyakan anggota tentera yang telag bersara mengalami kesempitan hidup akibat pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menyara hidup. Ada antara mereka terpaksa berhempas pulas mencari pekerjaan untuk mencari pendapatan, malah lebih teruk kehidupan mereka setelah mereka bersara. Atas kesedaran itu, KERABAT adalah ruang yang terbaik untuk membela nasib mereka dan menerima segala pandangan untuk diambil perhatian. Dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 (PMAT 1973) yang diluluskan, setiap anggota tentera dan bekas anggota tentera layak untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian sebanyak 10 ekar, Sampai hari ini, apa yang dinyatakan oleh Perintah itu masih belum direalisasikan untuk dinikmati oleh semua bekas anggota tentera. Saudara Mazlan Aliman pula, selaku Presiden ANAK  merangkap Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menyatakan; sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya dalam pilihanraya Umum ke 13, ahli-ahli KERABAT adalah antara mereka yang layak untuk dipertimbangan sebagai pemilik tanah Felda Plantation. Segala hasil tanah yang dibangunkan akan mampu merobah kehidupan bekas anggota tentera yang tidak terbela sebelum ini. Majlis Hi Tea ini, lebih 300 orang bekas anggota tentera yang berada di kawasan Lumut telah menyertai KERABAT dan mula memahami apa yang diperjuangkan oleh NGO ini.